05 December 2011

Wenger name 18 squad to Greece

Arsene Wenger telah membawa 18 pemainnya ke Greece dengan pemain tonggak utama ditinggalkan di London.. Namun Wenger membawa penolong kapten pasukannya, Thomas Vermaelen bersama-sama Andre Santos, Andrei Arshavin, Johan Djourou, Marouane Chamakh dan ramai lagi dengan 4 pemain skuad simpanan Nico Yennaris, Ignasi Miquel, Craig Eastmond dan Oguzhan Ozyakup sekali lagi dipanggil Wenger..

Lukasz Fabianski dan Vito Mannone kedua-duanya terbang ke Greece meninggalkan Wojciech Szczesny dan penjaga gol yang semakin dilupakan, Manuel Almunia di London.. Fabianski dijangka mengisi posisi penjaga gol pada perlawanan menentang Olympiakos sementara Mannone akan terus memanaskan bangku simpanan..

Nico Yennaris, Thomas Vermaelen, Andre Santos, Sebastie Squillaci, Ignasi Miquel dan Johan Djourou di bawa ke Greece untuk mengawal barisan pertahanan Arsenal.. Yennaris dan Miquel dijangka akan membuat debut mereka di Champions League di posisi bek kanan dan kiri sementara Sebastien Squillaci dan Johan Djourou dijangka bergandingan di bahagian tengah..

Yossi Benayoun, Emmanuel Frimpong, Craig Eastmond, Alex Oxlade-Chamberlain, Tomas Rosicky, Francis Coquelin, Oguzhan Ozyakup dan Andrei Arshavin pula di bawa ke Greece untuk posisi tengah.. Chamberlain, Frimpong, Benayoun, Rosicky dan Arshavin dijangka mengawal barisan tengah Arsenal pada perlawanan menentang Olympiakos..

Park Chu Young dan Marouane Chamakh akan bersaing untuk diturunkan bagi mengetuai barisan serangan Arsenal semasa menentang Olympiakos dengan Chamakh dilihat menjadi pilihan Wenger untuk diturunkan dan terdapat juga kemungkinan Wenger bakal bergandingan mereka berdua di bahagian serangan seperti yang dilakukan pada perlawanan menentang Manchester City..

Perlawanan Arsenal menentang Olympiakos di Karaiskakis Stadium untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan F akan disiarkan secara langsung di Astro SuperSport (channel 813) pada pukul 3.30.. Awal pagi Rabu.. Walau apa pun keputusannya, Arsenal akan tetap mara ke pusingan seterusnya sebagai Juara Kumpulan F.. Adios..

0 comments:

Post a Comment