Wenger mungkin bakal membawa masuk full back

Dengan Bacary Sagna dilihat hanya akan kembali bulan depan walaupun telah mula berlari dan Carl Jenkinson masih gagal pulih daripada kecederaan yang di alaminya dan Andre Santos hanya akan kembali pada bulan Mac selepas menjalani pembedahan pada buku lali kanannya, Wenger tiada lagi pilihan di posisi bek kanan dan kiri yang menyaksikan Laurent Koscielny, Johan Djourou, Thomas Vermaelen dan Ignasi Miquel terpaksa beraksi dari luar posisi mereka..
Dengan tiada pemain pertahanan yang dilihat menarik perhatian Wenger untuk mencuba mempertaruhkan mereka pada saingan EPL musim ini, Wenger dilihat perlu memikirkan beberapa pemain yang perlu di bawa masuknya secara pinjaman untuk memperbaiki bahagian pertahanan yang dihimpit masalah kecederaan musim ini..

Dengan Gibbs dan Santos dilihat saling memeningkan Wenger tentang siapa yang patut diturunkan dan Sagna dilihat tidak boleh diusik di posisi bek kanan dan Jenkinson masih boleh improve untuk menjadi pengganti berwibawa Sagna dan Nico Yennaris turut mengintai peluangnya, Bridge memang patut di bawa masuk Wenger secara pinjaman bulan depan..
Namun masalah yang bakal dihadapi Wenger adalah mahukan Roberto Mancini melepaskan Bridge secara pinjaman ke Arsenal terutama sekali secara pinjaman.. Namun dengan 'hubungan baik' Wenger dan Mancini, ianya dilihat tidak berapa mustahil.. Dengan pengalaman yang dimiliki Bridge, kemasukan Bridge ke Arsenal pastinya di alu-alukan peminat Arsenal untuk membantu masalah kecederaan yang di hadapi Arsenal di bahagian pertahanan..

Namun walau apa-apa pun.. Wenger perlu membawa masuk seorang full back secara pinjaman semasa perpindahan musim sejuk bulan depan.. Wayne Bridge dilihat pilihan ideal untuk membantu bahagian pertahanan Arsenal dan merupakan satu-satunya bek kiri berpengalaman di EPL yang dilihat bersedia untuk dilepaskan pasukannya.. In Wenger we trust.. Adios..
0 comments:
Post a Comment