Santos, Fabianski & Mannone out
Andre Santos disahkan Arsene Wenger akan terlepas perlawanan aksi menentang Everton.. Santos yang terpaksa dibawa keluar selepas mengalami kecederaan buku lali bakal berjumpa dengan pakar untuk pemeriksaan lanjut.. Dengan Kieran Gibbs turut mengalami kecederaan, Wenger berkemungkinan bakal meletakkan Thomas Vermaelen sebagai bek kiri ataupun memanggil pemain dari skuad simpanan..Lukasz Fabianski yang diusung keluar hanya selepas 25 minit perlawanan akibat pelanggaran dengan pemain Olympiakos dan Arsenal mengalami kecederaan di lututnya.. Ianya bukanlah satu kecederaan yang teruk ianya hanya luka dalam di lutut kirinya.. Namun ianya masih belum cukup untuk Fabianski kembali ke bangku simpanan pada perlawanan menentang Everton..
Vito Mannone yang mengalami kecederaan bahu selepas satu insiden pada perlawanan menentang Olympiakos di mana Mannone terpaksa menerima bantuan perubatan sebelum meneruskan perlawanan walaupun dilihat beliau masih merasai kesakitan di bahunya.. Menurut Wenger Mannone telah pun berjumpa dengan pakar namun Wenger tidak memberitahu apa beritanya..
Dengan kecederaan dua penjaga gol ini.. Wenger bakal memanggil semula penjaga gol yang semakin dilupakan, Manuel Almunia yang baru pulang daripada pinjaman sebulannya ke West Ham bulan lepas.. Almunia bakal memanaskan bangku simpanan sebagai penjaga gol simpanan sehingga Fabianski dan Mannone kembali semula ke dalam pasukan..
Arsenal yang akan menyambut ulang tahun ke-125 kelab esok semasa menentang Everton bakal di adili oleh Howard Webb untuk perlawanan tersebut dan Webb bakal mengunakan syiling sixpence untuk memulakan perlawanan di antara Arsenal dan Everton.. Perlawanan ini akan disiarkan live di Astro SuperSport 3 (channel 813) dan Astro SuperSport HD (channel 831) pada pukul 11.55 malam.. Adios
0 comments:
Post a Comment