01 December 2011

Ladies held Japanese Champion

Arsenal Ladies mengikat juara liga Jepun, INAC Kobe yang turut membariskan 7 pemain Jepun yang memenangi Piala Dunia pada musim panas iaitu diketuai oleh kapten pasukan Jepun, Homare Sawa dan penjaga gol yang menafikan kejuaraan USA, Ayumi Kaihori dengan keputusan 1-1 di hadapan 11 ribu penonton untuk perlawanan mengutip derma untuk mangsa gempa bumi.. Ini menyaksikan Ladies berkongsi piala Toyota Vitz Cup dengan INAC Kobe..

Arsenal Ladies yang membariskan dua pemain yang menjadi tunjang utama semasa England menumpaskan Jepun 2-0 di peringkat kumpulan iaitu Ellen White dan Rachel Yankey memakai lilitan lengan hitam pada perlawanan tersebut bagi memperingati kematian Pengurus Wales, Gary Speed sementara Ladies diketuai oleh kapten pasukan Wales, Jayne Ludlow kerana ketiadaan Faye White yang masih mengalami kecederaan..

Ladies walau bagaimanapun ketinggalan 1-0 pada minit ke-73 sebelum Jennifer Beattie yang hanya baru memasuki perlawanan 10 minit sebelum itu menggantikan Kim Little menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-78 selepas menerima hantaran daripada Jordan Nobbs sebelum Beattie yang boleh beraksi di mana-mana posisi tenang melepaskan rembatan melepasi Kaihori..

Arsenal Ladies langsung tidak menunjukkan sebarang perasaan gentar menentang INAC Kobe.. Walaupun di asak beberapa kali Ladies kekal tenang dan beraksi dengan cara mereka dan ianya telah menyaksikan 11 ribu penonton terhibur dengan aksi yang dipamerkan juara liga Jepun dan juara treble England ini..

Taktik dan rancangan pengurus, Laura Harvey nampaknya menjadi apabila barisan pertahanan yang diketuai penjaga gol, Emma Byrne yang menerima sokongan daripada Steph Houghton, Gilly Flaherty, Ciara Grant dan Niamh Fahey berjaya menerap asakan dan aksi individu daripada pemain INAC Kobe hampir keseluruhan permainan walaupun akhirnya mereka tumpas kepada pemain Korea Selatan, Ji So Yun yang turut muncul pemain terbaik perlawanan..

Gandigan kapten pasukan, Jayne Ludlow dan Katie Chapman juga cemerlang membantu barisan pertahanan dan juga memulakan gerakan serangan.. Kesimpulannya barisan pemain Arsenal membuktikan kemampuan mereka untuk bersaing dengan yang terbaik dan ini juga menunjukkan pengurus pasukan, Laura Harvey telah melaksanakan tugas dengan cukup baik..

Selepas perlawanan beberapa pemain INAC Kobe mengerumuni hero Arsenal Ladies, Jennifer Beattie disebabkan ketinggian Jennifer.. Haha.. Sejujurnya Jennifer antara pemain Ladies yang tinggi namun Emma Byrne dan Faye White merupakan yang paling tinggi di antara mereka.. Sementara Kim Little berkemungkinan besar paling rendah.. Namun skillnya adalah yang tertinggi daripada rakan sepasukannya..

Walaupun Arsenal FC hanya menghantar Ladies ke Jepun, peminat-peminat Arsenal di sana tetap memberikan sokongan padu kepada pemain Arsenal Ladies.. Sokongan peminat terhadap bola sepak wanita di sana juga turut tinggi mungkin disebabkan hakikat pasukan wanita Jepun telah mengharumkan nama Jepun dan benua Asia apabila memenangi kesemua kejohanan mengikut umur tahun ini..

Arsenal Ladies masih mempunyai 2 perlawanan lagi dengan mereka akan menentang Musashigaoka College pada 2 Disember dan NTV Beleza2 hari kemudiannya.. Jurugambar Arsenal FC yang mengiringi pasukan Arsenal Ladies, David Price telah terbang semula ke London dan tidak akan mengikuti rombongan Ladies seterusnya di sekitar Jepun bermula ke Kumugaya hari ini..

Atikah tidak pasti siapakah yang akan mengambil tugas sebagai jurugambar Arsenal namun ianya dilihat mungkin akan jatuh kepada pemain sayap kiri Arsenal Ladies, Rachel Yankey atau lebih dikenali sebagai Theirry Henry Ladies.. Gambar di atas adalah gambar yang di ambil Yankey sendiri.. Not bad at all.. Haha..

Dilaporkan sepanjang Arsenal Ladies di Jepun terdapat 14 gempa bumi yang berlaku namun menurut kapten pasukan, Faye White kesemua hanyalah gempa bumi kecil.. Atikah harap tiada sebarang kejadian yang tidak diingini akan berlaku kepada pemain Arsenal Ladies sepanjang kunjungan mereka ke Jepun untuk mengutip derma untuk mangsa gempa bumi..

Sejujurnya Arsenal Ladies cukup bernasib baik menerima sokongan tidak berbelah bagi daripada pasukan lelaki Arsenal mahupun pihak pengurusan Arsenal sendiri berbanding pasukan lain.. Ya mungkin Chelsea Ladies turut menerima sokongan kewangan Roman Abramovich dan pengerusi mereka ialah John Terry tetapi jelajah ini membuktikan mereka bukan sahaja membantu dari sokongan moral dan kewangan namun segala-galanya..

Ianya mungkin disebabkan Vic Akers merupakan orang yang bertanggungjawab menubuhkan Arsenal Ladies FC dan memastikan Arsenal Ladies memenangi 32 kejuaraan dalam tempoh 22 tahun termasuk 1 Piala Eropah yang turut menyaksikan Akers menerima OBE atas kejayaannya tersebut..

Walaupun Akers hanya Arsenal First Team Kit Manager, semua orang di Arsenal mengetahui kewujudannya dan beliau turut dihormati pemain-pemain Arsenal.. Akers juga kadang-kadang dilihat memberikan arahan kepada pemain Arsenal yang bersiap sedia untuk di bawa masuk.. So itu mungkin sebab Arsenal Ladies menerima sokongan tidak berbelah bahagi..

Malahan pemain-pemain skuad utama Arsenal tidak pernah lupa mengucapkan tahniah kepada pasukan Arsenal Ladies atas kejayaan mereka dan beberapa pemain skuad simpanan Arsenal pernah dilihat memberikan sokongan kepada pasukan Arsenal Ladies di stadium.. Dan Ladies membalasnya dengan memberikan aksi terbaik dan memenuhkan stadium Arsenal dengan limpahan piala mereka.. Haha..

So Atikah harap x lama lagi pasukan first team Arsenal mampu untuk memberikan cabaran kepada pasukan Arsenal Ladies dari segi trofi dan diharap peminat setia Arsenal turut memberikan Arsenal Ladies sokongan.. Percayalah anda tidak akan percaya apa yang anda lihat bila anda menyaksikan persembahan mereka.. Adios..

0 comments:

Post a Comment