08 December 2011

Crisis lagi

Arsene Wenger bakal sekali lagi pening kepala apabila keputusannya untuk menurunkan Andre Santos di bek kiri pada perlawanan menentang Olympiakos dilihat memakan diri Wenger selepas dilaporkan Santos bakal berehat selama 3 minggu akibat kecederaan.. Dengan Kieran Gibbs hanya akan kembali pada penghujung bulan ini, posisi bek kiri dilihat akan tempang menentang Everton hujung minggu ini..

Thomas Vermaelen mampu beraksi sebagai bek kiri namun bagi Atikah, kekebalan Vermaelen lebih diperlukan di bahagian tengah.. Kapten skuad simpanan, Ignasi Miquel dilihat mampu untuk beraksi di posisi bek kiri walaupun beliau sebenarnya pemain pertahanan tengah.. Walaupun Miquel dilihat sedikit hilang punca menentang Adam Johnson minggu lalu, Miquel sebenarnya bagus di bek kiri..

Perlawanannya menentang Olympiakos semasa masuk mengantikan Santos sedikit sebanyak memperlihatkan skillnya sebagai pemain bek kiri.. Miquel bergandingan dengan Marouane Chamakh semasa Yossi Benayoun menjaringkan gol untuk Arsenal semasa ketinggalan 2-1 di Greece.. Dan sejujurnya itu sudah cukup bagi Atikah supaya Miquel diturunkan mengisi kekosongan Santos..

Namun terdapat khabar angin yang mengatakan Martin Angha berkemungkinan bakal diberikan debutnya.. Pemain pertahanan berusia 17 tahun ini menyertai Arsenal pada awal tahun 2010 dari FC Zurich dan telah pun dipanggil Arsene Wenger beberapa kali untuk menjalani latihan bersama skuad utama.. Dilaporkan Angha sepatutnya terbang ke Greece namun disebabkan tiada nama Angha dalam senarai untuk perlawanan Champions League, Angha ditinggalkan..

Jika Wenger mahu mencuba pemain berusia 17 tahun ini, peminat pastinya tidak sabar untuk lihat keupayaan pemain kelahiran Switzerland ini.. Namun menurut Arsenal.com, Angha merupakan pemain bek kanan dan pertahanan tengah.. Tiada pula ia menyebut Angha mampu beraksi sebagai pemain bek kiri..

George Brislen-Hall merupakan pemain bek kiri untuk skuad bawah-18 dan juga skuad simpanan sejak ketiadaan Thomas Cruise yang dilepaskan Arsenal.. Bakal berusia 19 tahun pada 24 Disember ini, George merupakan antara pilihan yang Wenger ada untuk mengisi kekosongan di posisi bek kiri..

Satu lagi pilihan ialah Daniel Boateng yang baru sahaja membuat debutnya bersama Arsenal semasa menentang Bolton pada bulan November yang lalu semasa masuk mengantikan Thomas Vermaelen.. Pemain berusia 19 tahun ini sering diletakkan sebagai bek kanan dan bek tengah namun Boateng turut mampu beraksi di mana-mana di bahagian pertahanan..

Pemain berusia 18 tahun, Samir Bihmoutine mungkin bakal menjadi pilihan mengejutkan Wenger.. Samir masih belum menandatangani kontrak profesional untuk Arsenal.. Namun Samir mampu beraksi sebagai bek kiri mahupun sebagai pemain sayap kiri.. Produk kelahiran akademi ini menyertai Arsenal sejak berusia 8 tahun lagi..

Seorang lagi pemain berusia 18 tahun yang beraksi untuk Steve Bould, James Campbell mampu beraksi sebagai pemain bek kiri mahupun bek tengah.. Namun sejujurnya selain Miquel kesemua mereka langsung tiada pengalaman yang banyak bersama skuad utama dan masih belum membuktikan keupayaan mereka..

Prestasi kurang konsisten daripada Thomas Cruise dilaporkan menjadi punca beliau dilepaskan Arsenal walaupun berjaya beraksi cemerlang pada perlawanan debutnya menentang Okympiakos 2 tahun lalu.. Pedro Botelho yang turut boleh beraksi di bek kiri masih lagi belum mendapatkan permit kerjanya dan berterusan dihantar ke kelab Sepanyol dan telah beberapa kali mengegar jaring..

Dari pandangan Atikah.. Wenger tidak mungkin akan meletakkan Vermaelen di bek kiri selepas beberapa kali meletakkan Ignasi Miquel di bek kiri berbanding Vermaelen dan Miquel dilihat semakin selesa beraksi di posisi bek kiri.. Hantarannya menjadi punca gol yang dijaringkan Benayoun dan Atikah rasa Wenger patut turunkan Miquel di posisi bek kiri untuk bergandingan bersama Laurent Koscielny di bek kanan dan Per Mertesacker dan Vermaelen di bahagian tengah.. Adios..

0 comments:

Post a Comment