24 December 2011

Kieran Gibbs jalani pembedahan sekali lagi

Arsene Wenger telah mengesahkan yang Kieran Gibbs telah menjalani pembedahan sekali lagi.. Jika sebelum ini Gibbs menjalani pembedahan hernia, kini ianya pembedahan groin.. Wenger berpendapat Gibbs bakal terlepas aksi selama sebulan.. Dan ini menyaksikan Thomas Vermaelen atau Ignasi Miquel bakal mengisi posisi pertahanan kiri sepanjang ketiadaan Gibbs..

Johan Djourou telah disahkan Wenger bakal terlepas perlawanan minggu depan menentang Wolverhampton selepas kecederaan yang di alaminya semasa menentang Manchester City masih belum pulih sepenuhnya.. Ini menyaksikan Laurent Koscielny ataupun Fracis Coquelin bakal beraksi di posisi bek kanan sepanjang ketiadaan Djourou..

Sementara itu Wenger turut mengakui proses pemulihan Bacary Sagna berjalan lebih pantas berbanding yang dirancang.. Namun Wenger hanya menjangkakan Sagna akan kembali ke posisi bek kanan pada penghujung bulan Januari walaupun dilihat telah mula berlari semula sambil ditemani pembantu jurulatih kecergasan, Marcus Svensson..

Sementara itu Arsene Wenger telah menafikan yang beliau telah membuat pertanyaan tentang pemain bek kiri yang dipinggirkan di Manchester City, Wayne Bridge.. Namun Wenger tidak menafikan peluang untuk membawa masuk full back secara pinjaman.. Wenger mengakui yang ianya bakal turut bergantung kepada tahap kecergasan Sagna dan bila Sagna akan kembali untuk diturunkan..

Namun Wenger menegaskan jika beliau membawa masuk seorang full back ianya hanya untuk jangka pendek memandangkan pasukan telah pun mempunyai Bacary Sagna dan Carl Jenkinson di bek kanan serta Kieran Gibbs dan Andre Santos di bek kiri.. Dan Wenger turut menafikan yang Gary Cahill akan menyertai Arsenal dengan Wenger memberitahu tiada sebarang peluang untuk peminat menyaksikan beliau membawa masuk seorang pemain pertahanan tengah yang baru.. Adios..

0 comments:

Post a Comment