21 December 2011

Arsenal without Djourou & Gibbs

Kecederaan groin yang di alami Johan Djourou semasa menentang Manchester City tempoh hari bakal menyaksikan Djourou bakal diketepikan selama 3 minggu untuk menambahkan lagi duka kepada kem Arsenal yang semakin dihimpit masalah kecederaan di bahagian pertahanan sejak kebelakangan ini..

Menambahkan lagi kedukaan.. Kieran Gibbs yang dijangka bersedia untuk mengambil alih posisi bek kiri semula pada minggu ini semasa menentang Aston Villa ataupun Wolverhampton terpaksa diketepikan untuk satu tempoh yang tidak diketahui selepas mengahdapi sedikit setback yang pastinya cukup untuk memeningkan kepala Arsene Wenger..

Kehilangan Djourou dan Gibbs untuk sekurang-kurangnya perlawanan minggu ini bakal menyaksikan Sebastien Squillaci ataupun Iganasi Miquel mengisi satu tempat di bahagian pertahanan di mana Laurent Koscielny dilihat bakal mengisi posisi bek kanan dan Mertesacker mungkin bakal bergandingan bersama Squillaci ataupun Thomas Vermaelen sementara Miquel mungkin bakal mengisi posisi bek kiri jika Vermaelen bergandingan dengan Mertesacker..

Sementara itu Ryo Miyaichi yang telah diketepikan selepas mengalami kecederaan buku lali semasa beraksi bersama skuad simpanan disahkan Wenger yang Miyaichi telah kembali semula menjadi latihan..

Lukasz Fabianski yang diusung keluar pada perlawanan menentang Olympiakos 2 minggu lalu disahkan Wenger telah kembali menjalani latihan namun Wenger hanya bakal menyenaraikan semula Fabianski sebagai back up Wojciech Szczesny minggu depan.. Ini menyaksikan Manuel Almunia bakal terus berada di bangku simpanan minggu ini..

Berita baik diterima daripada Bacary Sagna.. Sagna disahkan telah mula berlari semula jadi nampaknya Sagna dilihat akan bersedia untuk mengambil alih semula posisi bek kanan selewat-lewatnya bulan hadapan..

Sementara itu Alex Song bakal terlepas perlawanan menentang Aston Villa selepas mengutip kad kuning kelimanya semasa menentang Manchester City tempoh hari.. Ini bakal menyaksikan Emmanuel Frimpong ataupun Francis Coquelin bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Song.. Adios!!

2 comments:

yee said...

peh peh blog arsenal yg cantik err mungkin terlalu fanatik..seriously untuk jumpa other blog yg terlalu details pasal cedera2 ni sangat payah..sangat rare..teruskan menulis

21.12.11
atikah said...

thanks.. :)

21.12.11

Post a Comment