Latest Team News
Arsenal yang bersiap sedia untuk menentang AC Milan pada awal pagi Khamis ini terpaksa terbang ke Itali tanpa kelibat pertahanan tinggi lampai, Per Mertesacker yang mengalami kecederaan buku lali.. Mertesacker yang tiba-tiba jatuh semasa mengawal bola semasa menentang Sunderland tempoh hari kini berada di negara kelahirannya, Jerman..Selepas kecederaan tersebut, Mertesacker terus pulang ke Jerman untuk menjalani pemeriksaan sebelum pulang semula ke London untuk menjalani imbasan.. Namun imbasan tidak memberikan sebarang berita gembira untuk kem Arsenal dan Mertesacker kini pulang semula ke Jerman untuk berjumpa pakar sebelum sebarang keputusan di ambil..
Menurut beberapa laporan Mertesacker kini akan dirawat oleh staf perubatan skuad kebangsaan Jerman.. Namun Mertesacker yang tweet gambar buku lalinya yang bengkak teruk dilihat bakal berehat untuk satu tempoh yang lama jika Mertesacker perlu menjalani pembedahan.. Harap-harapnya ianya tidaklah terlalu teruk dan get well soon Mertesacker!!
Jack Wilshere yang berada di dalam keraguan untuk kembali semula pada baki musim ini disahkan peluangnya masih cerah selepas Wilshere kembali menjalani proses pemulihan daripada kecederaan buku lalinya selepas beberapa kali tertangguh akibat masalah demi masalah yang melanda.. Ini menyaksikan Wenger bertegas untuk bersabar dengan Wilshere berbanding cuba mendesak Wilshere untuk kembali secepat yang mungkin..
Dengan kecederaan yang melanda Per Mertesacker, ini telah menyaksikan Wenger akan membuat keputusan sama ada bakal menurunkan Kieran Gibbs di posisi bek kiri ataupun Francis Coquelin selepas Wenger menegaskan Thomas Vermaelen akan bergandingan dengan Laurent Koscielny pada perlawanan menentang Milan..
Wenger menegaskan Gibbs sudah bersedia secara fizikal dan mental namun Wenger bakal membuat keputusan nanti sama ada mahu menurunkan Gibbs dalam kesebelasan utama ataupun tidak memandangkan kali terakhir Gibbs beraksi adalah pada bulan Oktober dan Gibbs juga tidak beraksi semasa skuad simpanan Arsenal menewaskan Wolves 3-0 semalam untuk persediannya kepulangannya di posisi bek kiri..
Gandingan Koscielny dan Vermaelen akan dipertaruhkan Wenger pada awal pagi Khamis ini dengan Vermaelen mengakui beliau gembira untuk kembali semula ke posisi kegemarannya selepas mendedahkan kekecewaannya dengan prestasinya semasa menjadi bek kiri bidan terjun Arsenal akibat kecederaan yang melanda Gibbs, Andre Santos dan malahan Francis Coquelin..
Di sini Atikah akan menyenaraikan pemain-pemain yang terbang ke Milan.. Untuk posisi penjaga gol, seperti kebiasaannyaWojciech Szczesny dan Lukasz Fabianski di senaraikan dengan Szczesny akan meneruskan tugasnya mengawal gawang Arsenal sementara Fabianski akan memanaskan bangku simpanan..
Untuk posisi pertahanan akan diketuai oleh Verminator dan Koscielny.. Wenger turut membawa bek kanan, Bacary Sagna, bek kiri, Kieran Gibbs sementara Johan Djourou akan memanaskan bangku simpanan dengan pemain serba boleh, Francis Coquelin turut dibawa Wenger..
Di bahagian tengah Wenger membawa Aaron Ramsey, Tomas Rosicky, Mikel Arteta, Alex Song sambil ditemani pemain sayap Theo Walcott, Andrei Arshavin, Yossi Benayoun dan Alex Oxlade-Chamberlain..
Di posisi penyerang, Wenger hanya membawa dua penyerang iaitu kapten pasukan, Robin Van Persie dan lagenda, Thierry Henry yang akan beraksi perlawanan terakhirnya untuk Arsenal pada awal pagi Khamis ini dengan Maroune Chamakh dan Park Chu Young masing-masing ditinggalkan di London..
Arsenal yang menjalani latihan di London Colney sebelum terbang ke Milan telah menerima lawatan oleh Mr. Arsenal iaitu Tony Adams yang berada di padang latihan sambil ditemani oleh pengurus skuad bawah 18 tahun Arsenal, Steve Bould sebelum kemudiannya berjumpa kawan lamanya tidak lain tidak bukan iaitu King Henry..
0 comments:
Post a Comment