10 February 2012

Team News : Gibbs, Chamakh, Jenkinson & Frimpong

Arsenal telah menerima semula kepulangan Marouane Chamakh yang pulang daripada tugas antarabangsanya bersama Morocco yang menyaksikan Chamakh beraksi 2 perlawanan dan gagal menjaringkan sebarang gol dan turut mengalami kecederaan yang mengetepikannya dari perlawanan menentang Gabon pada perlawanan kedua peringkat kumpulan.. Ini membawa maksud Chamakh yang sudah pun match fit akan berada dalam pasukan namun Wenger mengesahkan masih belum membuat keputusan sama ada Chamakh akan berada di dalam pasukan semasa menentang Sunderland..

Wenger turut mengakui beliau masih belum membuat sebarang keputusan sama ada bakal menurunkan Kieran Gibbs semasa menentang Sunderland.. Gibbs yang masih belum match fit sepenuhnya sebelum ini di jangka akan beraksi bersama skuad simpanan terlebih dahulu pada hari Isnin ini menentang Wolverhamptom Wanderers.. Namun Wenger bakal membuat keputusan esok sebelum perlawanan..

Seperti yang Atikah laporkan sebelum ini, Wenger telah mengesahkan Carl Jenkinson telah pun mula berlari dengan Wenger mengesahkan Jenkinson tidak jauh daripada kembali menjalani latihan penuh.. Dengan Wenger menjangkakan Jenkinson akan kembali menjalani latihan penuh dalam tempoh 2 minggu lagi..

Andre Santos yang sebelum ini menjalani pembedahan di Brazil dan berehat di kampung halamannya dilihat telah kembali ke London Colney dengan beliau dilihat bersiap sedia untuk proses pemulihannya dengan staf perubatan Arsenal.. Namun Wenger tidak memberikan sebarang berita tentang Santos..

Emmanuel Frimpong yang dipapah keluar dari padang semasa menentang QPR telah selamat menjalani pembedahan di lutut kanannya selepas mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) semasa challenge bola 50-50 dengan kapten QPR, Joey Barton.. Wenger mengesahkan Frimpong akan kembali semula pada musim luruh nanti iaitu Oktober 2012.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment