04 February 2012

Team News

Arsene Wenger telah mengesahkan satu-satunya pemain yang berada di dalam keraguan untuk diturunkan pada perlawanan malam ini ialah Alex Oxlade-Chamberlain yang mengalami kecederaan lutut.. Namun ianya bukannya sesuatu yang serius dan jika tiada sebarang masalah Chamberlain dilihat bakal diturunkan pada perlawanan malam ini..

Sementara itu Kieran Gibbs disahkan tidak akan beraksi pada perlawanan menentang Blackburn malam ini dengan Thomas Vermaelen akan mengisi bek kiri selepas Wenger menegaskan Gibbs perlukan perlawanan dengan skuad simpanan terlebih dahulu memandangkan Gibbs tidak beraksi sejak bulan Oktober..

Carl Jenkinson pula dilihat telah mula menjalani latihan bersama-sama dengan jurulatih kecergasan Arsenal, Marcs Svensson.. Ini satu lagi berita yang mengembirakan dengan full back Arsenal semakin kembali semula ke pangkuan pasukan selepas satu tempoh yang lama Arsenal beraksi tanpa full back sebenar..

Arsene Wenger telah mengesahkan yang beliau memikirkan untuk merehatkan kapten pasukan, Robin Van Persie pada perlawanan menentang Blackburn malam ini memandangkan jika RVP beraksi pada perlawanan malam ini, ini bakal menjadi perlawanan ketiganya dalam satu minggu.. Dan Wenger turut mengakui beberapa pemain lain juga mungkin bakal direhatkan..

Arsene Wenger telah mengesahkan kepulangan semula Marouane Chamakh dari Piala Negara Afrika namun menegaskan tidak akan menurunkan Chamakh jika Van Persie direhatkan dengan Theo Walcott berkemungkinan akan melihat impiannya tercapai apabila Wenger mengakui beliau memikirkan untuk meletakkan TW14 di posisi serangan tengah walaupun turut mempunyai opsyen menurunkan Park Ju Young ataupun Theirry Henry.. Adios

0 comments:

Post a Comment