Tomas Rosicky sain kontrak baru


Kepulangannya pada latihan penuh pada Mei 2009 selepas 18 bulan diketepikan masih menyaksikan kecederaan menyelebungi Rosicky.. Peminat Arsenal yang cukup menantikan kepulangan Rosicky terpaksa mengakui kecederaan akan terus menjadi masalah kepada Rosicky namun Gooners terus memberikan sokongan pada kepada Rosicky yang digelar 'The little Mozart'..

Musim 2011/2012 pastinya menjadi musim paling mencabar untuk Rosicky.. Kehilangan dua tonggak utama Fabregas dan Nasri menyaksikan Rosicky telah berjanji untuk memastikan pemergian mereka tidak dirasai dan hasrat Rosicky itu diterima dengan sambutan hangat oleh peminat setia The Gunners.. Namun Aaron Ramsey lebih banyak diberikan masa bermain dan kehadiran Mikel Arteta makin menyukarkan Rosicky lebih-lebih lagi kecederaan hamstring terus membayangi Rosicky..

Kecederaan Ramsey dan keupayaan Rosicky untuk bebas daripada kecederaan telah menyaksikan Rosicky kembali disorak peminat Arsenal dan Rosicky kembali menjaringkan gol selepas 2 tahun di Liga Perdana untuk gol ketiga Arsenal semasa menentang musuh ketat, Tottenham dan prestasi Rosicky pada perlawanan tersebut telah di puji kerana Rosicky hampir secara berseorangan menukarkan keputusan daripada Spurs ke Arsenal..
Sejak itu Rosicky tidak lagi memandangkan ke belakang dan persembahan Rosicky telah menerima pujian secara konsisten dari peminat sehinggalah kepada kapten pasukan, Van Persie.. "It's a great honour to sign a new deal with Arsenal, I love the Club and am proud to wear the Arsenal shirt. It's felt like home since I arrived six years ago and I couldn't be happier to commit my future to the team." Itulah yang dikatakan Rosicky semasa menandatangi kontrak baru..
"The manager, my team-mates, the staff and the supporters - everyone plays their part in making this a great Club, and I feel privileged to be a part of it. I believe we have a really talented group of players and, together with the manager, the future looks bright. It's always been my goal to win trophies here at Arsenal, and I will fight hard to achieve my dreams here."
Berita ini sudah semestinya mengembirakan peminat setia Gunners yang tidak pernah sesekali meragui Rosicky walaupun masalah kecederaan yang membayanginya.. Wenger sendiri mengakui yang Rosicky mampu terus bermain untuk satu tempoh yang lama lagi walaupun sudah berusia 31 tahun.. Peminat The Gunners pastinya mengalu-alukan kemungkin Rosicky mengantung kasutnya di The Emirates.. Adios..
0 comments:
Post a Comment