Arsenal Ladies complete their treble!!
Hujung minggu lalu merupakan hari yang terbaik untuk peminat setia The Gunners.. Pasukan lelaki Arsenal kembali beraksi cara Arsenal semula dan Robin Van Persie menjaringkan gol ke-100nya dan semalam skuad Arsenal Ladies menepis peluang mereka untuk meraih treble selepas membenam Birmingham Ladies 4-1 di final Continental Cup untuk membalas dendam kekalahan skuad lelaki The Gunners pada final Piala Carling yang lalu..Arsenal Ladies turun bukan sebagai pasukan pilihan walaupun telah meraih kejayaan double iaitu Piala FA dan kejuaraan liga.. Ianya kerana pasukan yang bakal ditentang mereka pada final adalah satu-satunya pasukan yang menumpaskan Arsenal sepanjang musim ini dan satu-satunya pasukan yang gagal ditumpaskan Arsenal Ladies.. Namun Ladies berharap pengalaman mereka beraksi pada pentas final bakal memberikan kelebihan kepada mereka..
Arsenal Ladies dipaksa bekerja keras oleh penyerang-penyerang Birmingham namun ketangkasan penjaga gol Emma Byrne yang sebelum ini direhatkan pada perlawanan suku akhir dan separuh akhir mengecewakan barisan penyerang The Blues sambil dibantu kekebalan benteng pertahanan walaupun tanpa kelibat kapten pasukan Faye White yang mengalami kecederaan.. Namun kehadiran Katie Chapman sudah cukup untuk membantu bahagian pertahanan daripada mudah dibocori..
Walaupun ditekan pasukan Birmingham, Arsenal Ladies yang mengambil pendahuluan pada minit ke-26 menerusi gol daripada penyerang sensasi, Ellen White yang cukup cemerlang setiap kali beraksi menentang Birmingham.. Ianya hasil daripada deflection daripada pemain pertahanan Birmingham yang terkena palang hasil percubaan deras Katie Chapman.. Bola terus menuju kepada Ellen yang tiada masalah menumpaskan penjaga gol dalam situasti one on one..
30 saat kemudian Arsenal Ladies membuktikan mengapa mereka pasukan terbaik England selepas menjaringkan gol kedua hasil daripada tandukan padu kapten pasukan pada perlawanan tersebut iaitu, Jayne Ludlow yang menerima hantaran cantik daripada pemain muda yang semakin meningkat naik, Danielle Carter..
Gol pantas tersebut jelas mengejutkan pemain Birmingham sehingga kapten pasukan The Blues iaitu bekas pemain Arsenal Ladies, Laura Basset memanggil rakan sepasukannya dan memberikan kata-kata semangat di tengah padang.. Namun Arsenal Ladies kekal bertahan dan mengekalkan pendahuluan 2-0 pada separuh masa pertama..
Arsenal Ladies tidak lagi mahu pandang kebelakang dan hasil gol cantik Rachel Yankey pada minit ke-65 menerusi free kick walaupun terkena sedikit kepala Rachel Williams, ianya sudah cukup untuk memberikan tekanan kepada Birmingham dan meletakkan Arsenal hanya menunggu masa untuk ditabalkan sebagai juara..
Namun pemain gantian Isobell Christiansen yang baru masuk hanya beberapa saat menghidupkan peluang kepada Birmingham untuk melakukan comeback apabila menjaringkan gol pada minit ke-72 di mana penjaga gol Arsenal mendakwa beliau dikasari oleh Chirstiansen.. Namun pengadil menafikannya walaupun jelas ramai yang terkejut kerana kebiasaannya penjaga gol sering diberikan perlindungan oleh pengadil..
6 minit sebelum separuh masa kedua tamat, Rachel Yankey memusnahkan terus impian Birmingham dan terus mentabalkan Arsenal sebagai juara hasil daripada gol voli cantik Yankey yang berkemungkinan gol terbaik musim.. Yankey dan rakan sepasukannya membuat keputusan meraikan gol tersebut dengan menuju ke arah pengurus pasukan mereka Laura Harvey..
Semua orang yang menyaksikan perlawanan ini mengakui perlawanan ini cukup tegang.. Pada masa kecederaan dan hanya beberapa minit dipisahkan daripada Arsenal ditabalkan juara berlakunya pergaduhan di mana pemain Arsenal yang diketuai Jayne Ludlow, Rachel Yankey dan Kim Little bergaduh bersama-sama Chelsea Weston, Laura Basset dan Rachel Williams..
Ianya dilaporkan berpunca daripada Rachel Yankey dan Chelsea Weston yang cukup tegang sepanjang perlawanan di mana Rachel pernah menolak Chelsea sehingga Chelsea berlanggar dengan ad board dan terpaksa menerima rawatan..Namun ianya tidak tamat sampai begitu sahaja sehingga pengadil memberi amaran keras kepada Rachel Yankey dan Chelsea Weston..
Namun semasa pengadil bercakap dengan Rachel dan Chelsea, Rachel Williams telah bertindak menolak Kim Little yang menyaksikan Williams dilayangkan kad kuning kedua perlawanan selepas perbuatannya disaksikan penjaga garisan.. Namun full respect kepada Kimmy yang langsung tidak cuba menjatuhkan badannya walaupun ditolak Williams..
Walaupun perlawanan dicemari dengan insiden pada masa kecederaan, ianya tidak mampu menjejaskan kegembiraan pemain-pemain Arsenal Ladies meraih treble mereka sejak tahun 2009 dan treble pertama Laura Harvey bersama pasukan dalam musim penuh pertamanya sebagai pengurus pasukan dan lebih manis kebanyakan pemain-pemain Ladies sekarang tidak pernah merasai kejayaan meraih treble sebelum ini..
Disebalik insiden di antara pemain sayap kiri, Rachel Yankey dan bek kanan Bimringham, Chelsea Weston.. Persembahan mengkagumkan Rachel telah cukup untuk beliau menerima anugerah pemain terbaik perlawanan hasil daripada 2 gol cantik daripadanya dan persembahan-persembahan mengkagumkan sepanjang perlawanan..
So tahniah kepada pasukan Arsenal Ladies atas kejayaan mereka meraih treble dan membuktikan sekali lagi yang mereka adalah pasukan yang perlu ditumpaskan dan pasukan yang tidak gentar membuktikan kehebatan mereka pada setiap perlawanan.. Dan good luck kepada pasukan Arsenal Ladies yang akan terbang ke Belarus untuk perlawanan menentang FC Bobruichanka untuk perlawanan pertama UEFA Women's Champions League 29 September ini..
0 comments:
Post a Comment