23 September 2011

Injury news

Tomas Rosicky mengetuai berita baik daripada kem Arsenal apabila Arsene Wenger mengesahkan Rosicky bersama-sama kapten pasukan Wales, Aaron Ramsey cergas sepenuhnya untuk perlawanan menentang Bolton untuk mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan Yossi Benayoun selepas Benayoun yang menjaringkan gol pertamanya untuk Arsenal tempoh hari mengelami kecederaan yang menyaksikan beliau bakal diketepikan selama satu minggu..

Bacary Sagna yang terpaksa dibawa keluar pada perlawanan menentang Blackburn Rovers minggu lepas akibat kecederaan dijangka akan mengambil kepada posisi bek kanan daripada Carl Jenkinson selepas Wenger menjangkakan Sagna akan cergas sepenuhnya untuk perlawanan esok.. Namun Wenger kehilangan Johan Djourou untuk tempoh satu minggu kerana kecederaan sementara Sebastien Squillaci hanya akan pulih dari kecederaan minggu depan..

Peminat Arsenal dijangka bakal menyaksikan gandingan Per Mertesacker dan Thomas Vermaelen tidak lama lagi selepas Wenger mengesahkan Vermaelen bakal kembali selepas minggu antarabangsa nanti selepas menjalani pembedahan di buku lalinya.. Abou Diaby dijangka turut kembali selepas minggu antarabangsa nanti.. Adios..

0 comments:

Post a Comment