02 September 2011

Congratulations Arsenal Ladies!!


2 jam sebelum Arsenal first team memulakan perlawanan menentang Manchester United minggu lepas, Arsenal Ladies memulakan perlawanan dengan misi mencatatkan kemenangan untuk mengesahkan kejuaraan mereka untuk Piala FAWSL pertama.. Kekalahan ataupun seri bukanlah perkara yang dicari Ladies.. Walaupun menentang Liverpool dilihat senang diatas kertas namun semua pemain Arsenal kekal fokus dengan misi mereka..

Jika semua peminat setia Arsenal berpendapat Kim Little akan sekali lagi memenangi liga untuk Arsenal Ladies, Rachel Yankey menunjukkan keupayaan sebenarnya seterusnya memastikan kemenangan liga pertama Arsenal Ladies di FAWSL yang baru diperkenalkan musim ini.. 2 gol daripada pemain sayap veteran ini memang mengejutkan namun persembahannya tempoh hari cukup mengkagumkan..

Kesemua pemain Arsenal Ladies termasuk bos mereka, Laura Harvey mengakui memenangi FAWSL akan menjadi kejuaraan terbesar sepanjang karier mereka.. Trio kapten Arsenal Ladies Jayne Ludlow, Katie Chapman dan Faye White yang telah memenangi segala-galanya di Arsenal Ladies termasuk kejuaraan Eropah turut mengakui akan perkara ini terutama sekali ini merupakan kali pertama Ladies sukar untuk mendominasi liga sepanjang musim..

Skuad Laura Harvey telah menunjukkan yang Laura merupakan seorang pengurus yang berwibawa setelah Vic Akers melepaskan jawatannya.. Juara Piala FA seterusnya mengesahkan tiket ke Champions League musim depan dan kemudiannya semi finalist Champions League dan juara FAWSL membuktikannya.. Walaupun sejujurnya beberapa pemain senior pasukan lebih tua daripada pengurus mereka..

Selepas kemenangan FAWSL, kapten pasukan, Faye White telah menyasarkan treble untuk pasukannya dengan Piala FA Continental yang pertama kali dianjurkan bakal bermula pada minggu ini dengan Ladies sekali lagi akan menentang Liverpool sebelum final pada 25 September ini.. So good luck Ladies!! Dan percaya tak anda jika Atikah katakan selama 15 tahun Faye White di Arsenal, sejumlah 31 piala telah dijulang kapten lagenda Ladies ini?? Hebat bukan..

Seperti yang diberitahu Faye White kesemua pemain melakukan tugas mereka masing-masing.. Namun Ladies pastinya akan berterima kasih kepada penjaga gol utama pasukan mereka, Emma Byrne yang telah beberapa kali menyelamatkan mata pasukan terutama sekali sewaktu menentang Liverpool tempoh hari.. Dalam 14 perlawanan liga hanya 9 gol dilepaskan Emma dengan sejumlah 9 clean sheet dicatatkan Emma..

Hujung minggu lalu merupakan hari yang mengembirakan di kem Arsenal Ladies setelah mereka meraikan Golden Haul Of Trophies.. Kejayaan mereka memenangi Piala FAWSL telah menyaksikan Arsenal Ladies mencipta rekod dengan 50 kejuaraan liga dalam 24 tahun pernubuhan mereka setelah ditubuhkan pada tahun 1987 oleh Arsenal first team kit manager, Vic Akers..

Salah satu kejuaraan tersebut adalah kejuaraan Eropah yang dikenali sebagai UEFA Women's Cup pada tahun 2007 dengan Ladies mencipta sejarah sebagai pasukan England pertama yang memenanginya dan pasukan luar dari Jerman dan Scandinavia yang menjulang piala tersebut.. Seterusnya menyaksikan Ladies melengkapkan Quadruple pada tahun tersebut semasa mereka menyambut ulang tahun ke-20 mereka..

Iaitu kejuaraan Liga, Piala FA, Piala Liga dan kejuaraan Eropah tanpa penyerang prolifik, Kelly Smith yang dilayangkan kad merah sebelum final.. Dan lebih manis mereka memenangi trofi tersebut menentang juara bertahan Umea IK yang mengandungi pemain terbaik dunia Marta dan rata-rata pemain mereka ialah pemain Profesional dan mereka merupakan sebuah kelab professional sementara Ladies hanya semi-professional dan pemain mereka mempunyai kerja mereka sendiri..

Kejuaraan terbaru mereka Piala FAWSL yang melengkapkan kejuaraan ke-50 mereka dalam hanya tempoh 24 tahun penubuhan mereka merupakan piala yang paling berprestij dikalangan pemain-pemain Arsenal Ladies kerana mereka mengetahui liga baru langsung tidak akan memberikan mereka mendominasi England sekali lagi..

Arsenal Ladies turut mencatatkan nama sebagai pemenang terakhir kejuaraan FA Women's Champions League yang dimana mereka memenanginya sebanyak 12 kali dengan 9 kali dalam 10 tahun yang lepas dan 7 kali berturut-turut dari tahun 2004 sehingga 2010 di mana dalam tempoh tersebut Arsenal Ladies telah mencatatkan rekod tanpa kalah selama 5 tahun daripada 16 Oktober 2003 hingga 29 Mac 2009.. 13 kejuaraan dalam tempoh 17 tahun..

Tahun ini juga menyaksikan Arsenal Ladies menjulang kejuaraan ke-11 Piala FA mereka.. Dalam tempoh 10 tahun yang lepas Ladies telah 7 kali menjulang Piala FA dengan 4 kali berturut-turut dari tahun 2004 hingga 2009 sebelum mereka kehilangan kejuaraan tersebut pada tahun 2010 kepada musuh tradisi, Everton Ladies.. 11 kejuaaran dalam tempoh 16 tahun..

Tahun 2009 menyaksikan melengkapkan kejuaraan kesepuluh mereka untuk Piala Liga di mana ianya merupakan perlawanan terakhir untuk duo, Kelly Smith dan Alex Scott sebelum melangkah pergi meninggalkan pasukan untuk ke United States.. 5 kejuaraan dalam tempoh 9 tahun yang lepas.. Dan 10 kejuaraan dalam tempoh 17 tahun..

Menjuarai 5 kali (termasuk 1 berkongsi) Piala Komuniti.. 3 kali berturut-turut dari musim 2006/2007 sehingga 2008/2009.. 4 kejuaraan dalam tempoh 6 tahun.. Dengan 10 lagi trofi datang dari kejuaraan London County Cup.. 7 kejuaraan sejak 11 tahun yang lepas dengan sejumlah 10 trofi dalam tempoh 16 tahun dan 5 kali berturut-turut dari tahun 2007 sehingga 2011.. So tahniah Ladies and I'm so proud of them!!

0 comments:

Post a Comment