17 August 2012

Pre Match : Arsenal vs Sunderland

Segala-galanya bermula lancar untuk Arsenal musim panas ini dengan kemasukkan Lukas Podolski, Olivier Giroud dan Santi Cazorla. Namun hanya beberapa hari sebelum perlawanan pembukaan EPL Arsenal untuk musim 2012/13, Arsene Wenger terpaksa melantik kapten baru selepas beliau membuat keputusan untuk melepaskan Robin Van Persie dengan Thomas Vermaelen dinamakan sebagai kapten pasukan baru dengan Mikel Arteta dipilih sebagai penolong kapten pasukan.

Namun apa yang akan lebih merisaukan peminat Arsenal adalah masalah kecederaan yang telah pun membelenggu pasukan walaupun sebelum musim bermula dengan Theo Walcott, Alex Oxlade-Chamberlain dan Laurent Koscielny semuanya dilepaskan pasukan kebangsaan masing-masing selepas mengalami kecederaan untuk menambahkan lagi ke dalam senarai sedia ada Arsenal.

Laurent Koscielny disahkan Arsene Wenger bersama-sama Alex Oxlade-Chamberlain akan terlepas perlawanan menentang Sunderland selepas masing-masing mengalami kecederaan yang dialami mereka semasa menentang FC Cologne. Namun Wenger menjangkakan Koscielny dan Chamberlain tiada sebarang masalah untuk kembali semasa menentang Stoke City minggu depan.

Theo Walcott, Alex Song dan Santi Cazorla pula akan diperiksa sekali lagi oleh pasukan perubatan Arsenal selepas Walcott mengalami kecederaan paha sementara Song mengalami 'little knock' dan Cazorla pula beraksi selama 90 minit untuk Sepanyol pada pertengahan minggu lalu di Puerto Rico. Namun Wenger yakin Walcott okey untuk bermain pada perlawanan menentang Sunderland.

Mikel Arteta yang terlepas perlawanan terakhir pemanas badan Arsenal akibat kecederaan disahkan cergas sepenuhnya untuk beraksi. Emmanuel Frimpong pula menurut Wenger hanya 3 minggu lagi daripada kembali menjalani latihan dengan Frimpong dilihat akan kembali semula pada bulan Oktober. Sementara Jack Wilshere, Bacary Sagna dan Tomas Rosicky kesemuanya hanya lagi sebulan atau kurang daripada kembali menjalani latihan semula.

Sementara itu Arsenal telah menyerahkan jersi bernombor 10 kepada Jack Wilshere dengan Wilshere mengakui cukup berbangga apabila diserahkan jersi tersebut. Santi Cazorla pula diberikan jersi Wilshere, nombor 19 dengan Lukas Podolski akan menyarung jersi bernombor 9 dengan Park Chu Young diberikan jersi bernombor 30. Adios!

0 comments:

Post a Comment