24 August 2012

Team News : Stoke City vs Arsenal

Arsenal memulakan kempen EPL 2012/2013 mereka dengan keputusan seri dengan Arsenal kini tekad untuk mengutip 3 mata penuh pada perlawanan menentang Stoke City di Stadium Britannia. Alex Oxlade-Chamberlain yang terlepas perlawanan minggu lepas akibat kecederaan buku lali disahkan akan kembali menyertai pasukan semasa menentang Stoke.

Namun Arsenal akan sekali lagi turun tanpa Laurent Koscielny yang masih lagi mengalami kecederaan. Ini akan menyaksikan gandingan Per Mertesacker dan Thomas Vermaelen akan sekali lagi diturunkan. Dengan Mertesacker dilihat menampilkan aksi yang lebih menyakinkan daripada musim lepas dan faktor ketinggiannya mungkin mampu menjadi senjata untuk Arsenal menumpaskan Stoke City.

 Lukasz Fabianski yang secara tiba-tiba terlepas perlawanan menentang Sunderland minggu lepas disahkan Wenger mengalami kecederaan belakang. Arsene Wenger yakin Fabianski okey namun Fabianski akan menjalani ujian sekali lagi sebelum Wenger membuat sebarang keputusan untuk meletakkan Fabianski di bangku simpanan ataupun tidak pada perlawanan menentang Stoke City.

0 comments:

Post a Comment