31 August 2012

Team News : Liverpool vs Arsenal

Arsene Wenger telah mengesahkan tiada sebarang kecederaan baru menimpa Arsenal sebelum perlawanan menentang Liverpool dengan Laurent Koscielny dijangka kembali ke dalam skuad. Namun Wojciech Szczesny masih lagi memberikan kerisauan selepas Wenger mengakui Szczesny akan menjalani ujian lagi sebelum Wenger membuat sebarang keputusan mengenai Szczesny.

Dengan tanda tanya masih lagi menyelebungi Lukasz Fabianski, Vito Mannone yang menampilkan aksi menyakinkan menentang Stoke City minggu lepas mungkin akan dipanggil Wenger sekali lagi untuk mengawal pintu gol Arsenal jika Szczesny masih lagi gagal pulih sepenuhnya daripada kecederaan rusuk yang dialaminya.

Wenger turut mengesahkan Jack Wilshere dan Bacary Sagna masing-masing menjalani proses pemulihan dengan cukup baik. Wenger turut memberitahu Wilshere dan Sagna akan diperiksa sekali lagi selepas musim rehat perlawanan antarabangsa dan Wenger yakin selepas itu Wilshere dan Sagna tidak jauh lagi daripada kembali semula menyertai pasukan.

Sementara itu Arsene Wenger telah menafikan khabar angin yang melaporkan Theo Walcott akan dijual sebelum pintu perpindahan ditutup. Wenger menegaskan walaupun perjanjian kontrak lanjutan Walcott masih lagi belum dapat dicapai, Wenger memberitahu Walcott akan kekal di kelab dan Wenger turut berharap akan capainya satu persetujuan dengan Walcott tentang kontrak lanjutan nanti.

Wenger turut mengakui Nicklas Bendtner dilihat akan menjadi pemain seterusnya yang meninggalkan Arsenal. Namun ke mana hala tuju Bendtner masih lagi belum diketahu. Wenger turut memberitahu tiada sebarang persetujuan daripada Arsenal tentang Marouane Chamakh dengan mana-mana kelab. Wenger turut mengesahkan Arsenal aktif di jendela perpindahan namun buat masa ini masih lagi mencari pemain yang benar-benar diperlukan.

Berita terakhir Arsenal telah diletakkan di kumpulan B UEFA Champions League dengan Arsenal akan terbang ke Jerman, Greece dan Perancis selepas diundi menentang Schalke 04, Olympiacos dan Montpellier SC. Perlawanan menentang Montpellier nanti akan menyaksikan Olivier Giroud menentang bekas kelabnya buat pertama kali. Adios.

0 comments:

Post a Comment