Pre match : Arsenal VS Swansea City
![](http://www.arsenal.com/assets/_files/images/aug_11/gun__1313574145_walcott_udinese2.jpg)
Ianya disebabkan pemain baru, Andre Santos masih belum cergas sepenuhnya.. Namun tiada siapa yang tahu jika Wenger mahu memberikan debut kepada Santos malam ini.. Namun Atikah berharap beliau hanya berada di bangku simpanan memandangkan jika beliau belum cergas sepenuhnya so tidak perlu untuk merisikokan apa-apa memandangkan Gibbs telah pun kembali..
Disebalik kehilangan Thomas Vermaelen, Abou Diaby dan Jack Wilshere untuk sekurang-kurangnya sebulan lagi, Wenger turut berdepan dengan masalah kecederaan Tomas Rosicky yang mengalami kecederaan lutut kanan semasa bermain bersama Republik Czech.. Rosicky yang menunjukkan kerja kerasnya sepanjang musim ini setakat ini dijangka terlepas perlawanan ini.. Namun Wenger menjangkakan Rosicky akan bersedia minggu depan..
Sementara Ryo Miyaichi dilihat tidak akan berada di dalam pasukan malam ini selepas mengalami kecederaan dengan Miyaichi dijangka akan kembali dalam pasukan hari Isnin atau Selasa depan.. Namun selain itu Mikel Arteta, Per Mertesacker dan Yossi Benayoun dilihat bersedia untuk membuat debut mereka malam ini di stadium Emirates..
![](http://www.arsenal.com/assets/_files/images/aug_11/gun__1314689825_wsl_champions_2011.jpg)
Arsenal Ladies yang bakal berhadapan Lincoln Ladies esok pada peringkat separuh akhir Continental Cup pastinya bakal menaikkan semangat pemain-pemain.. Begitulah harapan pengurus pasukan Laura Harvey apabila ditanya mengenai peluang meraikan kejayaan menjulang kejuaraan liga mereka di hadapan berpuluh ribu peminat the Gunners..
Anyway good luck untuk Arsenal malam ini.. Kutip 3 mata penuh dan harapnya dengan kehadiran pasukan Arsenal Ladies bersama-sama trofi kejuaraan mereka bakal menaikkan motivasi pemain lelaki Arsenal untuk mencatatkan kejayaan yang tidak putus-putus seperti Arsenal Ladies yang sekarang ini sedang dalam misi memenangi kejuaraan treble mereka.. Adios!!
P/S : Game malam ini pukul 10 malam live di Astro SuperSport channel 811
1 comments:
simple dan padat! terbaik!
10.9.11Post a Comment