14 February 2011

Best starting eleven against Barcelona

Awal pagi khamis ini Arsenal akan menerima semula kunjungan pasukan remaja Cesc Fabregas, Barcelona dengan misi membalas dendam kekalahan musim lepas dan juga misi menunjukkan kepada Barca Arsenal sebagus mereka dan Fabregas akan terus kekal di Arsenal.. Di sini Atikah senarai barisan kesebelasan utama Arsenal yang harapnya mampu menundukkan Barca di laman sendiri minggu ini..

Atikah tidak akan menyenaraikan Samir Nasri pada kesebelasan utama ini walaupun Arsene Wenger mengakui yang Nasri mempunyai peluang untuk beraksi pada perlawanan ini.. Namun bagi Atikah jika Nasri bersedia sekali pun mungkin kita patut biarkan Nasri berada di bangku simpanan terlebih dahulu dan di bawa masuk pada separuh masa kedua..

Inilah masanya Wojciech Szczesny menunjukkan kepada dunia yang jersi nombor satu Arsenal miliknya secara mutlak.. Inilah masanya Szczesny tunjukkan kepada fans Arsenal beliaulah David Seaman dan Jens Lehmann Arsenal yang terbaru.. Faktor kekurangan pengalaman dan tekanan mungkin akan menjadi masalah kepada Szczesny..

Walau apa pun jua masalah Szczesny perlu berikan aksi terbaiknya untuk menghalang David Villa dan Lionel Messi dari merobek gawang Arsenal.. Inilah masanya segala kepercayaan Arsene Wenger dan peminat Arsenal dibalas oleh Szczesny.. In Szczesny we trust!!

Tugas Bacary Sagna tidaklah sukar memandangkan beliau tidak perlu mengawal gerakan pemain terbaik dunia Lionel Messi namun Sagna perlu memastikan David Villa dan Pedro yang selalu menyerang dari sayap kiri dihalang dengan segala cara sekali pun.. Jika Sagna berada di tahap terbaiknya umpanan, larian, rembatan dan cara bertahannya mampu memberikan kita banyak kelebihan..

Gandingan pertahanan tengah terbaik, Johan Djourou dan Laurent Koscielny akan diuji di tahap maksima pada perlawanan ini dengan mereka perlu memastikan Messi dan Villa dikawal ketat dan menghalang segala hantaran-hantaran dari Xavi dan Iniesta.. Koscielny dan Djourou telah membuktikan mereka juga berbahaya semasa corner kick, inilah masanya untuk mereka membuktikannya dengan menanduk seberapa banyak gol yang boleh di gawang yang akan dikawal Victor Valdes..

Musim lepas gandingan William Gallas/Alex Song/Mikael Silvestre dan Thomas Vermaelen gagal mengawal pemain-pemain Barcelona, harapnya gandingan Djourou dan Koscielny mampu memberikan fans Arsenal tersenyum.. Mereka sudah buktikan kehebatan mereka semasa perlawanan menentang Chelsean inilah masanya sekali lagi untuk mereka berikan amaran kepada Vermaelen yang gandingan mereka tidak boleh dipisahkan..

Gael Clichy akan diuji sekali lagi oleh Dani Alves dan juga larian-larian Lionel Messi dari sayap kanan.. Clichy yang sedang berada di tahap terbaiknya diharap tidak akan mudah dibuli Messi dan Alves.. Kerana jika beliau berjaya memastikan Messi berada di kawalannya Arsenal akan berpeluang lebih cerah untuk menjinakkan Barcelona..

Alex Song tanpa sebarang keraguan lagi akan memastikan pertahanan tengah Arsenal tidak akan diratah Barcelona.. Song mungkin akan diarahkan mengawal Iniesta dan juga mungkin Xavi.. Namun walau siapa pun yang akan dikawal Song, harapnya beliau berjaya melakukannya dan sekali sekala membantu jentera serangan Arsenal..

Jack Wilshere yang beraksi dengan cemerlang semasa Arsenal menumpaskan Wolves tempoh hari diharap mampu mengekalkan prestasi cemerlangnya.. Wilshere mampu meringankan sedikit beban yang akan digalas ketua pasukan, Fabregas dengan melakukan hantaran-hantaran cantik yang mampu mengucar kacirkan pertahanan Barcelona..

Theo Walcott iaitu hero Arsenal di Emirates Stadium musim lepas diharapnya sekali lagi mampu muncul hero Arsenal.. Walcott semakin meningkat sejak perlawanan di Emirates musim lepas dan ini pastinya membuatkan pemain-pemain Barcelona lebih risau akan kelibat TW14 Arsenal ini..

Andrei Arshavin hanya sempat beraksi selama 27 minit semasa perlawanan menentang Barcelona musim lepas akibat kecederaan.. Arshavin yang tidaklah berada di prestasi terbaiknya perlu memberikan aksi yang pernah membuatkannya dijulang oleh peminat Arsenal dahulu.. Harapnya Arshavin mampu merobek gawang Barca dan memberikan kesukaran kepada Dani Alves..

Cesc Fabregas kapten pasukan yang akan mengetuai Arsenal menunjukkan kepada bekas kelabnya yang Arsenal juga sebagus Barcelona.. Memberikan 200% komitmennya kepada Arsenal sekalipun mengalami kecederaan serius semasa menjaringkan penalti yang juga merupakan gol penyamaan di the Emirates musim lepas..

Khidmat Fabregas akan terus ditagih.. Jika ada seorang pemain yang mampu mengetuai Arsenal menunjukkan jalan keluar kepada Barca adalah sudah semestinya Fab4.. Fabregas perlu menunjukkan sentuhan magiknya dan memastikan rakan-rakan sepasukannya mendominasi perlawanan dan tidak memberikan sebarang ruang kepada bekas pasukannya..

Fabregas merupakan aset penting Arsenal pada perlawanan musim lepas dengan memastikan pergerakan Messi terbantut.. Harapnya Fabregas akan meneruskan kehebatannya dan sentuhan magiknya.. Kerana dengan Fabregas sahajalah Arsenal mampu memberikan tunjuk ajar kepada Barcelona..

Robin Van Persie kali ini akan berada di dalam kesebelasan utama Arsenal.. Van Persie yang berada di prestasi terbaiknya pastinya mahu meneruskan rentaknya menjaringkan gol.. Nicklas Bendtner gagal di Emirates musim lepas walaupun agak cemerlang di Nou Camp.. Harapnya RVP akan meneruskan sentuhan magiknya.. Dan finger cross Van Persie tidak akan cedera!! Adios

6 comments:

ZAIR13PJS said...

Harap dengan 1st eleven ni dapat kite membalas dendam kekalahan memalukan musim lepas..Go gunners go!!!

14.2.11
azfarannur said...

yeah.... kita pasti berjaya...

14.2.11
JKID said...

mesti menang!!! mesti menang!!! mesti menang!!!

14.2.11
akulahGOONER said...

keep up the good work gooners ... im arsenal till im die ... it is a good time to beat barca ..

15.2.11
Saiful Izuan's said...

sagna x main sbb kne red card hr tu

15.2.11
sioko killa said...

go go go , arsenal fc

16.2.11

Post a Comment