Wenger - Fabregas will still be a winner

Fabregas tanpa sebarang keraguan lagi telah menjadi tonggak penting yang memacu Arsenal ke Final Piala Carling musim ini.. Jadi sudah semestinya beliau berhak untuk turut muncul pemenang walaupun terlepas perlawanan akhir.. Fabregas yang jelas sekali kecewa dijangka kembali tepat pada masanya sewaktu perlawanan menentang Barcelona di Nou Camp nanti..

Van Persie yang sebelum ini menyatakan hasratnya untuk menang kejuaraan di Arsenal kerana menyifatkan memenangi kejuaraan di Arsenal lebih bermakna dari mencapainya di negara-negara lain ataupun di pasukan-pasukan yang lain, pastinya akan memastikan impiannya itu terlaksana awal pagi Isnin nanti.. Walaupun Atikah kecewa kerana tidak dapat melihat Kapten Fabregas kita menjulang Piala Carling nanti Atikah turut gembira kerana RVP akan mengetuai Arsenal nanti..
Tidak mengapalah Cesc.. Final kali ini bukan final anda.. Mungkin final Champions League ke, FA Cup ke x pun masa menjulang trofi EPL nanti ke.. Itu jauh lebih bermakna Cesc!! Teruskan berjuang Cesc.. Pastikan Arsenal menang ketiga-tiga lagi trofi itu nanti semasa anda mengetuai pasukan.. Biarlah Persie julang Piala Mickey Mouse nie.. Lepas nie anda pulak julang Piala besar-besar lagi.. Haha.. Betul x??



Memanglah kita sayangkan Barca, Wenger.. Cuma Barca je benci kita dan suka guna cara yang salah untuk mendapatkan pemain kita.. Namun Barca mungkin tidak boleh berkata apa-apa jika pemain muda ini akan menjadi Fabregas yang seterusnya kerana beliau mempunyai pertalian darah English..
So tiada lagi "DNA Barcelona" sebagai sebab beliau perlu kembali ke Nou Camp.. Jon Miquel akan menyertai Arsenal pada musim panas nanti dan Atikah pasti kesemua fans Arsenal pastinya tidak sabar-sabar melihat bagaimana beliau meningkat di bawah jagaan Arsenal.. Harapnya beliau mampu menjadi seorang lagi Fabregas Arsenal.. Adios!!
P/S : Kesemua pemain Arsenal teruja pasal Final Piala Carling.. Hmm.. X sabar betul tunggu perlawanan nie..
0 comments:
Post a Comment