14 May 2011

Arsenal Ladies lepaskan peluang

Laura Harvey telah menyaksikan anak-anak buahnya melepaskan peluang untuk merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga Birmingham Ladies selepas menyaksikan Ladies seri 2-2 selepas bekas pemain Ladies, Corinne Yorston menyamakan kedudukan 2 minit sebelum tamat perlawanan untuk memberikan tamparan hebat kepada Ladies..

Ellen White dengan tenangnya merembat masuk gol pembukaan perlawanan pada minit ke-37 sebelum Grace McCatty menyamakan kedudukan pada minit ke-54.. Rachel Yankey memastikan Arsenal mendahului semula 5 minit selepas itu menerusi satu gol yang dilaporkan agak pelik di mana Atikah masih tidak dapat tengok gol tersebut memandangkan FA WSL masih belum uploadkannya..

Namun jangan risau kerana sebaik sahaja video tersebut dikeluarkan kita akan lihat gol pelik apakah yang diberitahu mereka.. Tinggal dua minit sahaja lagi memisahkan Arsenal dengan 3 mata penuh untuk menyaksikan Ladies merapatkan jurang 2 mata dengan Birmingham yang seri 0-0 dengan Liverpool berkecai selepas tandukan gol penyamaan dari kapten Bristol dan bekas pemain Arsenal, Yorston..

Ini bermakna Ladies ketinggalan 4 mata di belakang Birmingham Ladies dengan Arsenal Ladies masih mempunyai 1 perlawanan di dalam tangan.. Namun jelas sekali jika Ladies berjaya mengutip 3 mata penuh pada perlawanan semalam di mana Birmingham telah mencatatkan keputusan seri kali kedua berturut-turut mereka, Ladies pastinya akan mendahului liga sebelum musim diberhentikan seketika untuk memberikan ruang kepada Women's World Cup..

Namun apa yang menjadi persoalan ialah Ladies sejak akhir-akhir ini kerap kali melakukan kesilapan-kesilapan mudah sehingga menyaksikan mereka terlepas mata penting semasa tewas 2-1 kepada Birmingham Ladies dan semasa seri 2-2 dengan Bristol Academy semalam.. Itu tidak termasuk lagi semasa tewas 5-2 secara agregat kepada Olympique Lyonnais dalam UEFA Women's Champions League..

Perkara ini jelas sekali di sedari oleh penjaga gol nombor satu Ladies, Emma Byrne yang mengeluarkan amaran kepada pemain-pemain Arsenal Ladies supaya tidak membiarkan kesilapan yang sama berulang dan Emma turut menegaskan yang pemain Arsenal perlu memastikan setiap peluang yang di cipta tidak disia-siakan..

Katie Chapman yang mengambil alih tugas sebagai kapten pasukan Arsenal selepas kecederaan yang menimpa Faye White dan Jayne Ludlow menegaskan yang Arsenal Ladies masih boleh memberikan cabaran kepada kejuaraan liga walaupun telah tewas dan seri sekali dalam 6 perlawanan liga setakat ini.. Dalam masa yang sama juga Katie telah memuji pemain-pemain muda Ladies yang beraksi cemerlang setakat ini..

Ladies mempunyai peluang untuk membalas dendam minggu depan selepas Arsenal akan menentang Bristol pada final FA Women's Cup di mana pada masa yang sama Arsenal Ladies mahu memastikan apa yang berlaku pada final FA Women's Cup musim lepas berlaku sekali lagi setelah Ladies tewas 2-1 kepada Everton..

Tanpa perlu diselindung lagi jelas sekali pemain Arsenal Ladies tidak lagi mahu merasai kekecewaan pada final FA Women's Cup seterusnya memastikan mereka menjulang piala tersebut buat kali ke-11.. So Ladies good luck for next week and please don't make a same mistake again.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment