11 May 2011

Nasri not going anywhere

Okay sebelum Atikah bercerita tentang Samir Nasri, Atikah nak ucapkan sekalung tahniah kepada Bacary Sagna yang baru sahaja menimang cahaya mata keduanya.. Sagna yang sebelum ini sudah pun mempunyai seorang anak lelaki sekali lagi di anugerahkan dengan anak lelaki.. So congratz Sagna.. Hopefully your boys will play with Arsenal one day.. Haha..

Okay kita beralih pula kepada Samir Nasri.. Nasri yang dijangka akan kembali ke dalam pasukan hujung minggu ini selepas mengalami kecederaan hamstring sejak akhir-akhir ini masa depannya di dalam persoalan walaupun Nasri dan ayahnya sendiri telah mengesahkan beliau akan kekal di Arsenal dan ejennya sedang dalam perbincangan tentang kontraknya..

Ejen Nasri telah menyangkal sebarang dakwaan yang Nasri akan berhijrah ke mana-mana pasukan memandangkan beliau sedang dalam perbincangan dengan Arsenal tentang kontrak lanjutan dengan dijangkakan musim panas ini Nasri akan menandatangani kontrak baru.. So Nasri tidak akan ke mana-mana..

Sementara itu David Seaman memberitahu yang beliau menjangkakan yang Lukasz Fabianski dan Wojciech Szczesny akan mempunyai masa depan yang cerah di Arsenal selepas mengakui yang Poland duo ini merupakan penjaga gol yang bagus selepas menyaksikan aksi mereka berdua di padang latihan dan Seaman turut mengakui beliau mahu mereka berdua menunjukkan kepada dunia apa yang mampu mereka lakukan..

Namun dalam masa yang sama Seaman mengakui buat masa ini ianya masih terlalu awal untuk Szczesny sementara Fabianski pula masih belum menunjukkan sepenuhnya apa yang mampu dilakukannya.. So nampaknya posisi penjaga gol numbor satu Arsenal akan disaing di antara dua rakan baik, Fabianski dan Szczesny selepas Almunia semakin lama semakin disisihkan..

Sementara itu jika sebelum ini Manchester City berangan-angan untuk menyediakan cek berjumlah 40 juta pound untuk Jack Wilshere hanya untuk menyaksikan Wilshere memberitahu beliau tidak akan ke mana-mana, kini giliran Cesc Fabregas pula menjadi sasaran mereka dengan dilaporkan Roberto Mancini meletakkan nama Fabregas di senarai teratas pemain idamannya..

Mancini oh Mancini jangan haraplah Fabregas akan meninggalkan Arsenal dan pergi ke Man. City.. Duit bukan segala-galanya.. Jika Fabregas pergi musim panas ini hanya satu tempat sahaja di tujunya iaitu Barcelona.. Fabregas sendiri mengakuinya yang jika suatu hari nanti beliau akan meninggalkan Arsenal hanya Barcelona menjadi destinasinya..

Dan Fabregas juga pernah menegaskan yang beliau sama sekali tidak akan bermain di mana-mana kelab England lain selain Arsenal.. So Mancini in your dreamlah nak dapatkan Fabregas.. Jangan ingat jika sebelum ini Wenger senang-senang je lepaskan Adebayor dan Toure ke sana Wenger akan lakukan perkara yang sama jugak dekat Fabregas.. Adios..

1 comments:

Filippo said...

jual je la fabregas tu 40 juta pound kt sapa2 pon..
makin hampeh dia ni bile sebut pasal barcelona

Ahlek ferguson bikin gempar

11.5.11

Post a Comment