31 May 2011

Arsenal swap Barcelona young duo

Arsenal sekali menunjukkan kemampuan mereka mencuri pemain-pemain muda dari akademi Barcelona selepas pemain tengah, Jon Toral akan menyertai Arsenal musim panas ini dengan Arsenal akan membayar sejumlah 350 ribu euro dengan perkara ini jelas sekali menaikkan kemarahan presiden Barcelona..

Mengikut jejak Jon Toral ialah pemain sayap, Hector Bellerin selepas beliau menolak untuk menandatangani kontrak baru selepas berlakunya perselisihan faham antara beliau dan barisan jurulatih.. Arsenal dijangka membayar 400 ribu euro sebagai pampasan.. Ini bermakna sejumlah hampir satu juta euro untuk khidmat dua pemain berusia 16 tahun ini..

Sementara itu Arsenal semakin hampir untuk menyelesaikan perpindahan bernilai 1 juta pound untuk pertahanan Charlton Athletic, Carl Jenkinson yang merupakan peminat Arsenal.. Walaupun perpindahan ini telah disahkan oleh Finland FA, jurulatih Charlton menafikannya namun mengesahkan yang jika tiada sebarang masalah Arsenal akan mendapatkan khidmat Jenkinson yang boleh bermain di mana-mana bahagian pertahanan..

So sekurang-kurangnya 3 pemain muda akan menyertai Arsenal musim panas ini selepas dilaporkan Mark Randall, Roarie Deacon dan George Brislen-Hall telah dilepaskan oleh Arsenal.. Harap-harapnya selepas ini ada pemain utama pulak yang datang ke Arsenal dengan setakat ini hangat dilaporkan yang Christopher Samba berkemungkinan akan menyertai Arsenal tidak lama lagi.. Adios..

P/S : Dilaporkan Tom Cruise Arsenal telah dilepaskan Arsenal dengan sejujurnya Atikah tidak percaya akan berita ini memandangkan beliau baru sahaja menandatangani kontrak lanjutan bulan Februari tahun lepas dengan laporan memberitahu kontraknya tamat.. So Atikah rasa tidak mungkin pemain bek kiri ini telah dilepaskan Arsenal.. Dan setakat ini tiada sebarang pengesahan rasmi tentang 3 pemain muda baru ini dan sekurang-kurangnya 4 pemain yang dilepaskan..

0 comments:

Post a Comment