Fabregas, Nasri out Vermaelen in

Fabregas gagal untuk pulih dari kecederaan semasa sesi latihan sebelum perlawanan menentang MU begitu juga Nasri yang mengalami kecederaan hamstring akan diketepikan dari perlawanan ini bersama-sama Abou Diaby yang masih mengalami kecederaan betis.. Andrei Arshavin dan hero menentang MU yang lalu iaitu Aaron Ramsey dijangka mengisi kekesongan tersebut..

Ini bermakna kunjungan Arsenal ke Stadium Britannia kali ini akan menyaksikan Ramsey bermain di tempat di mana beliau hampir sahaja tidak boleh bermain lagi selepas diterjah keras Ryan Shawcross dan juga kemungkinan kembalinya semula gandingan di antara Laurent Koscielny dan Vermaelen..

Gol voli daripada Jordan Nobbs pada minit ke-27 untuk gol pertamanya di liga untuk Arsenal dan juga satu lagi gol voli daripada penyerang sensasi Ladies, Ellen White pada minit ke-35 sudah cukup untuk memberikan 3 mata penuh untuk Ladies bagi memastikan Birmingham tidak mampu duduk senang.. Atikah postkan highlights game tersebut di sini.. Adios!!
2 comments:
terbek la arsenal ladies!!
7.5.11ramsey vs stoke
7.5.11Mourinho rehat 5 games
Post a Comment