19 August 2011

Injury news

Arsenal berhadapan masalah di bahagian tengah selepas Jack Wilshere masih gagal pulih daripada kecederaan buku lali yang di alaminya dengan Samir Nasri semakin hampir untuk melengkapkan perpindahannya ke Manchester City dengan Alex Song mengalami pergantungan 3 perlawanan, kecederaan Tomas Rosicky pastinya perkara terakhir yang di mahukan Arsene Wenger..

Rosicky jelas sekali masih belum pulih sepenuhnya semasa Wenger memulakan Rosicky pada perlawanan menentang Udinese dan kini Wenger terpaksa berhadapan dengan kemungkinan Rosicky tidak akan cergas sepenuhnya untuk beraksi menentang Liverpool.. Wenger memberitahu media yang beliau akan membuat keputusan lewat sama ada mahu menurunkan Rosicky ataupun tidak..

Ianya diikuti pula di bahagian bek kiri Arsenal.. Kieran Gibbs disahkan akan berehat selama 10 ke 12 hari kerana masalah hamstring sementara Armand Traore berada dalam keraguan untuk beraksi pada perlawanan menentang Liverpool esok dengan Wenger akan membuat keputusan minit-minit akhir sama ada mahu menurunkan Traore ataupun tidak..

Namun bagi Atikah Carl Jenkinson telah menunjukkan prestasi yang bagus di bahagian bek kiri pada perlawanan menentang Udinese tempoh hari walaupun pada beberapa minit pertama beliau agak bergelut untuk menyesuaikan diri.. Dengan Thomas Vermaelen lebih baik kekal bergandingan dengan Laurent Koscielny memandangkan Johan Djourou juga di dalam keraguan walaupun Wenger berharap Djourou boleh beraksi esok.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment