19 August 2011

Team news


Arsene Wenger mengesahkan yang Abou Diaby, Jack Wilshere, Johan Djourou, Armand Traore, Kieran Gibbs dan juga Tomas Rosicky terlepas perlawanan menentang Liverpool esok selepas masing-masing mengalami kecederaan.. Namun Rosicky dijangka cergas untuk perlawanan menentang Udinese minggu depan.. Sebalik itu Gervinho dan Alex Song bakal terlepas 3 perlawanan akibat pergantungan perlawanan..

Sementara itu Arsene Wenger mengesahkan yang Ryo Miyaichi bakal menyertai skuad Arsenal esok selepas permit kerjanya telah berjaya diselesaikan.. Ini pastinya berita gembira kepada peminat Arsenal memandangkan Miyaichi cukup memukau di pre-season terutama sekali di Malaysia.. So harap dapat tengok Miyaichi melakukan debutnya esok..

Wenger turut mengesahkan Samir Nasri yang dilaporkan semakin hampir akan berhijrah ke Manchester City bakal berada di dalam pasukan di mana segelintir fans Arsenal agak tidak selesa dengan berita ini.. Terutama sekali reaksi Nasri jelas menunjukkan beliau mahu menuju jalan keluar dari Emirates Stadium.. Dan pastinya beliau akan menjadi mangsa ejekan peminat di Emirates Stadium esok..

Sementara itu Arsenal mengesahkan yang Joel Campbell kini sah milik Arsenal selepas segala perkara telah diselesaikan.. Penyerang berusia 19 tahun ini tidak dapat dipastikan sama ada akan terus push tempat di dalam pasukan utama kerana dilaporkan permit kerjanya hanya akan dapat diselesaikan dalam masa dua minggu lagi.. Tapi apa pun welcome to Arsenal..

Sementara itu Arsene Wenger mengesahkan yang beliau masih berada di dalam pasaran perpindahan pemain.. Namun Wenger mahu peminat bersabar sebelum sebarang pemain disahkan menyertai Arsenal walaupun jelas sekali Wenger tidak mempunyai banyak masa lagi untuk melengkapkan perpindahan mana-mana pemain.. Adios..

0 comments:

Post a Comment