24 August 2011

Injury news


Jack Wilshere yang sebelum ini menurut Arsene Wenger berkemungkinan akan turut serta bersama-sama skuad ke Itali selepas melalui latihan selama 3 hari berturut-turut disahkan Wenger masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan ini bukanlah satu berita yang baik untuk Wenger yang baru mengesahkan pemergian Samir Nasri ke Man. City..

Berita baiknya ialah Tomas Rosicky kembali semula ke dalam pasukan selepas pulih daripada kecederaan.. Namun Wenger mengakui beliau tidak pasti jika Rosicky cukup bersedia untuk memulakan perlawanan di Itali namun sekurang-kurangnya Rosicky kembali ke dalam pasukan..

Menambahkan lagi berita baik ialah Johan Djourou dan Armand Traore masing-masing kembali daripada kecederaan sementara Alex Song, Gervinho, Robin Van Persie dan Emmanuel Frimpong juga akan turut bersama pasukan.. Namun Laurent Koscielny disahkan terlepas perlawanan awal pagi nanti akibat kecederaan namun Koscielny dijangka kembali ke pangkuan pasukan semasa menentang Man. United hujung minggu ini..

Sebastien Squillaci juga tidak turut terbang ke Itali selepas Wenger memberitahu Squillaci mengalami kecederaan.. Sementara itu Ryo Miyaichi turut tidak ikut serta di dalam pasukan selepas Wenger mengarahkan Miyaichi menyertai skuad simpanan yang menentang Wigan semalam.. Dan Miyaichi berjaya menjaringkan gol ketiga Arsenal semasa kemenangan 3-1 skuad simpanan ke atas Wigan..

Disebalik kegembiraan Wenger mendengar berita Miyaichi mengegar jaring, Wenger pastinya tidak mahu mendengar satu lagi masalah kecederaan yang menimpa kem Arsenal selepas penjaga gol pilihan ketiga Arsenal, Vito Mannone mengalami kecederaan dan terpaksa ditukarkan seawal minit ke-21.. Harapnya Wojciech Szczesny dan Lukasz Fabianski mampu memastikan mereka bebas dari sebarang kecederaan..

Tiada sebarang kejuatan dalam skuad Arsenal ke Itali dengan hanya Ignasi Miguel dari skuad simpanan yang menyertai pasukan selepas kecederaan yang menimpa Kieran Gibbs, Koscielny dan Squillaci.. Kehadiran semula Robin Van Persie telah menyaksikan Nicklas Bendtner ditinggalkan di London..

Sementara itu UEFA telah bersetuju untuk membenarkan Wenger berada di bangku simpanan walaupun baru-baru ini UEFA telah menjatuhkan hukuman dua pergantungan kepada Wenger.. Arsenal mengesahkan yang mereka masih akan membuat rayuan terhadap hukuman tersebut.. Game awal pagi ini akan disiarkan live pada pukul 2.30 pagi nanti di Astro ESPN di channel 812.. X ada HD.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment