Perpindahan Nasri : Baik atau Buruk?
Ok,ni 1st post sebagai author kat blog Atikah Arsenal ni. Thanks untuk Atikah sebab bagi peluang untuk jadi author di blog dia.
Fokus post aku ni,tak lain dan tak bukan,sebab perpindahan Nasri,ikut tajuk entry la kan. Awal2 aku inform, ni hanya pendapat peribadi, sebagai seorang fan Arsenal.
Perpindahan Nasri ke Manchester City memang tak mengejutkan ramai fan Arsenal, sebab dia pun banyak buat hal sebelum ni, antaranya tak nak sign kontrak baru walaupun Wenger dah offer kat dia dengan kenaikan gaji. Tapi, nampaknya gaji kat Man City yang lebih tinggi jadi pilihan dia. Itu adalah antara faktor kenapa Nasri pergi ke Man City.
Faktor kedua, disebabkan Fabregas ke Barcelona, satu-satunya player yang dilabel World Class di Arsenal, telah pun keluar. Pada pendapat Nasri, Arsenal tidak mempunyai harapan selepas Fabregas meninggalkan Arsenal.
Faktor ketiga, Man City mempunyai lebih ramai World Class player, diantaranya Aguero, Carlos Tevez, David Silva dan Yaya Toure yang dikatakan akan dilabelkan sebagai World Class player berdasarkan prestasinya pada musim lepas. Balotelli? Sorry to say, perangai dia bukan World Class player.
Faktor keempat, Nasri telah mendedahkan bahawa Patrick Viera, yang juga merangkap coach di Man City, telah memujuk dia untuk berpindah ke Man City. Yela, Viera tu pun sama2 main France dengan dia dulu.
If Wenger paksa Nasri stay untuk satu season lagi, Nasri mungkin akan menjadi duri dalam daging kepada Arsenal. Dengan keadaan dia tak komited kepada Arsenal, Arsenal mungkin akan kehilangan Nasri kepada Man Utd secara percuma, if Wenger berkeras suruh Nasri stay for another season.
Pada pendapat aku, perpindahan Fabregas dan terkini, Nasri keluar dari Arsenal, bukanlah satu disaster kepada Arsenal. Probably, bahagian midfield Arsenal akan jadi lemah, tambahan Wilshere tengah injured sekarang ni. Tapi, kalau ada siapa2 yang pernah tengok Chamberlain dan Miyaichi main, 2 orang ni dah boleh gantikan Fabregas dan Nasri. Chamberlain sangat perform ketika di Southampton. Dan Miyaichi sememangnya banyak membantu ketika dia bermain di Feyenoord. Fan Arsenal di UK melabelkan Miyaichi sebagai 'New Ronaldinho' disebabkan kelincahan dan vision yang ada pada dia. Boleh tengok play style dua2 player ni kat YouTube.
Perlu atau tak Wenger beli player baru? Kalau ikut aku, Wenger perlu beli player baru. At least, one big name, and the other one, talented pun dah cukup, macam Gervinho. Kenapa Wenger kena masukkan sorang big name ke dalam Arsenal? For morale booster. Sangat penting untuk player buat masa ni. Sayangnya, Juan Mata dah pergi ke Chelsea. Kalau tak, maybe Arsenal boleh sign dia, and he is one of the big names for now, tambahan umur dia masih muda lagi. If tak nak bawak nama besar, tapi talented macam Gervinho dan Chamberlain pun dah ok. Gervinho pun dapat man of The Match untuk game lawan Udinese semalam. Tapi, macam aku kata tadi, morale booster tu pun penting. Dapat loan Kaka ke, beli Benzema ke, jadi la tu. Tapi dua2 tak nak pergi Arsenal. Dah biasa dengan makanan Spanish kot.
Arsenal mendapat hampir 60 juta Euro hasil jualan Nasri dan Fabregas. Wenger perlu membawa masuk sekurang-kurangnya 2 orang player lagi untuk membantu Arsenal menang title season ni. Setakat ni, belum ada berita kuat lagi yang mengatakan Arsenal akan beli mana2 player. Tapi, kalau ikut kata Wenger, dia akan beli beberapa player terutama bahagian tengah sebelum transfer window tutup. So, kita tunggu je la berita gembira.
P/S : Tahniah kepada Arsenal coz menang 2-1 dengan Udinese, and well done for Szczesny for the great job. Fabregas pun berdebar tengok game tu (baca kat dalam twitter) :D
0 comments:
Post a Comment