06 January 2012

Welcome back Thierry Henry!!

Arsenal.com akhirnya mengesahkan kepulangan semula lagenda dan pemegang rekod penjaring terbanyak kelab, Thierry Henry melalui pinjaman selama 2 bulan dan Henry akan membuat debutnya menentang Leeds United pada hari Isnin ini pada pusingan ketiga Piala FA dengan kapten pasukan, Robin Van Persie akan direhatkan dan Henry pastinya lebih daripada mampu untuk mengisi kekosongan RVP walaupun Henry dilihat telah melepasi zaman kemuncaknya..

Dengan jersi bernombor 14 telah pun diberikan kepada Theo Walcott, Henry bakal menyarung jersi bernombor 12 yang sebelum ini disarung oleh Carlos Vela.. Henry dilihat sering memakai baju bernombor 12 sepanjang tempohnya berlatih bersama pasukan.. Sebelum ini Arsenal berharap untuk menurunkan Henry pada perlawanan simpanan menentang Sunderland, namun kertas kerja baru disiapkan oleh kelab Henry, New York Red Bulls hari ini..

Ini menyaksikan Henry boleh beraksi menentang Leeds walaupun Arsene Wenger berkemungkinan besar tidak akan menurunkan Henry sebagai kesebelasan utama pada perlawanan tersebut memandangkan Henry telah lama tidak beraksi pada perlawanan kompetitif..

Namun kepulangan semula lagenda Arsenal ini pastinya bakal membantu pasukan walaupun Henry tidak lagi dizaman kemuncaknya.. Kehadiran Henry pastinya bakal menyaksikan pemain-pemain Arsenal lebih bersemangat untuk meneruskan kedudukan mereka di top 4 di saingan liga..

Henry memberitahu yang apabila tawaran muncul daripada Arsenal, beliau tidak mampu menolaknya walaupun semasa menyertai New York Red Bulls, Henry memberitahu karier beliau di Eropah telah pun berakhir.. Henry dijangka membuat pernampilan terakhirnya semasa perlawanan North London Derby menentang Tottenham Hotspurs..

Apa-apa pun selamat kembali Henry!!

2 comments:

Itu Aku said...

selamat beraksi untuk the gunners henry !

7.1.12
adham ismail said...

welcome back my hero!!

13.1.12

Post a Comment