07 August 2012

Welcome to Arsenal Santi Cazorla!

Setelah sekian lama menunggu, Arsenal FC akhirnya mengesahkan perpindahan pemain antarabangsa Sepanyol, Santi Cazorla dengan yuran perpindahan yang dilaporkan memecahkan rekod perpindahan Arsenal yang dipegang Andrei Arshavin. Cazorla merupakan pemain ketiga yang dibawa masuk Arsenal selepas Lukas Podolski dan Olivier Giroud.

Musim perpindahan Arsenal kali ini bukanlah biasa didengari oleh peminat Arsenal. Kemasukan Cazorla merupakan pemain bernama besar ketiga yang di bawa masuk Arsene Wenger pada musim perpindahan ini. Dan hakikat pemenang kejuaraan Eropah 2008 dan 2012 bersama Sepanyol ini tidak datang dengan harga yang murah menunjukkan Wenger jelas mahu mengotakan janjinya untuk membawa masuk pemain yang berkualiti untuk mengukuhkan pasukan Arsenal.

Dengan Wenger cuba sedaya upayanya untuk membuktikan kepada kapten pasukannya, Robin Van Persie yang Arsenal akan membawa masuk pemain berkualiti semakin jelas dibuktikan dengan kehadiran Cazorla. Cazorla merupakan pakar bola mati dan boleh bermain sebagai pemain sayap di sebelah kanan ataupun kiri dan juga sebagai pemain tengah menyerang. Posisi yang dilihat lemah untuk Arsenal sejak Cesc Fabregas meninggalkan pasukan.

Dalam kes Cazorla, Mikel Arteta yang merupakan rakan baiknya telah memainkan peranan penting dalam perpindahan Cazorla. Sama seperti Per Mertesacker memujuk Podolski dan Laurent Koscielny dengan Giroud. Namun hakikat Malaga berada di dalam masalah kewangan selepas pemilik mereka meninggalkan mereka diawang-awangan telah menyaksikan Cazorla berhasrat untuk berpindah.

Dengan Arsenal akhirnya memenangi pertarungan untuk mendapatkan tandatangannya. Cazorla disahkan telah menandatangani kontrak jangka masa panjang dan jelas gembira dengan perpindahannya ini. "I'm so happy to be joining Arsenal. This is a club with great players, a fantastic stadium and huge support. The Club has one of the best managers in football and their style of play is recognised and admired all over the world. I'm so excited to be joining one of the greatest teams in Europe and also in the Premier League. I will do my best to help Arsenal challenge for trophies and make all the supporters happy."
Ini pula apa yang dikatakan Wenger yang berjaya mendapatkan pemain bintang nombor 3nya pada perpindahan musim panas ini. "Santi Cazorla is a great signing for us. He is a player with good experience at both club and international level, who will add significant quality to our squad. He is a versatile, attacking midfield player who can play comfortably on either side of the pitch or centrally. He has good pace, is technically gifted and will be a huge asset to Arsenal Football Club.
We are delighted that he is joining us."
Arsenal mungkin gagal menandingi kuasa berbelanja besar Chelsea yang menghabiskan sejumlah wang untuk mendapatkan Eden Hazard. Sementara Manchester United membawa masuk Shinji Kagawa. Namun kemasukan Lukas Podolski, Olivier Giroud dan sekarang ini Santi Cazorla jelas merupakan pemain berkualiti dan berpengalaman yang dibawa masuk Arsene Wenger yang membuatkan peminat cukup berpuas hati. Peminat Arsenal pastinya berharap ianya tidak habis disini sahaja dengan dilaporkan Nuri Sahin kini akan mengikut jejak langkah Podolski, Giroud dan Cazorla untuk menyertai Arsenal. Adios.

2 comments:

ina ariffin said...

welcome to arsenal santi..

7.8.12
Unknown said...

gogoogooogoooo.....

8.8.12

Post a Comment