06 December 2012

Jordan Nobbs Arsenal Ladies Player of The Year

Pemain tengah muda Arsenal Ladies berusia 19 tahun, Jordan Nobbs telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Tahunan Arsenal Ladies pilihan para pemain selepas musim 2011/2012 yang cukup cemerlang di musim keduanya di kelab. Nobbs telah menamatkan kempen FA WSL 2012 dengan 5 gol terikat dengan Katie Chapman di tempat kedua sebagai penjaring terbanyak Arsenal Ladies.

Selain 1 golnya di Piala Continental, Nobbs telah menjaringkan sejumlah 5 gol di Champions League termasuk satu golnya semasa kemenangan 3-0 Arsenal Ladies ke atas Barcelona Ladies di Mini Estadi. Kecederaan yang menimpanya sebelum perlawanan akhir Piala Continental telah menyaksikan beliau hanya melihat perlawanan tersebut dari tepi padang.

Gandingan Nobbs bersama Katie Chapman dan Kim Little dilihat cukup serasi sepanjang tahun 2013 sehingga menyaksikan pengurus pasukan, Laura Harvey mengetepikan Jayne Ludlow walaupun selepas Ludlow kembali daripada kecederaan. Tahniah kepada Jordan Nobbs atas pencapaiannya ini dan jelas cukup berhak menerimanya walaupun sekali lagi Kim Little menjaringkan lebih banyak gol dan sering menjadi penyelamat.

Seramai 11 pemain telah menandatangani kontrak lanjutan bersama pasukan dan dijangka sekurang-kurangnya akan kekal sehingga tamat musim FA WSL tahun hadapan. Bintang utama pasukan Kim Little merupakan salah seorang pemain yang melanjutkan kontraknya seterusnya menutup segala khabar angin yang beliau mungkin akan menjadi pemain bintang pasukan yang akan berhijrah ke luar negara.

Penjaga gol nombor 1 Arsenal Ladies Emma Byrne dilihat meneruskan kesetiaannya kepada pasukan apabila turut menandatangani kontrak lanjutan. Katie Chapman yang mengetuai pasukan memenangi double turut menlanjutkan kontraknya bersama-sama pemain sayap kanan, Gemma Davison dan bek kiri Niamh Fahey. Produk akademi, Gilly Flaherty turut melanjutkan kontraknya.

Bintang utama pasukan Great Britain di Olimpik, Steph Houghton turut menlanjutkan kontraknya di Arsenal Ladies sementara penolong kapten pasukan, Jayne Ludlow bersama-sama 2 lagi pemain pertahanan senior, Ciara Grant dan Yvonne Tracy turut melanjutkan kontrak mereka untuk meneruskan misi mereka memenangi Champions League di Stamford Bridge bulan Mei nanti serta meneruskan dominasi mereka di England.

Namun berita yang bakal menyedihkan para peminat adalah dilaporkan 3 pemain Arsenal Ladies bersedia untuk mengumumkan persaraan mereka dengan musim FA WSL 2013 bakal menjadi musim terakhir mereka. Penolong kapten pasukan, Jayne Ludlow yang baru mengumumkan persaraannya di pentas antarabangsa merupakan salah seorang pemain yang disebut-sebut bakal bersara tahun hadapan.

Ciara Grant yang telah membentuk gandingan mantap dengan Gilly Flaherty sepanjang musim ini dijangka turut akan mengikut jejak langkah Ludlow. Seorang lagi pemain mungkin sama ada kapten pasukan, Faye White ataupun seorang lagi pemain pertahanan veteran, Yvonne Tracy. Berita yang turut menghiasi pasukan Arsenal Ladies adalah kemungkinan seorang penjaga gol bakal dibawa masuk.

Kecederaan yang dialami Emma Byrne pada permulaan tahun 2012 hampir menjejaskan pasukan apabila tiadanya penjaga gol berpengalaman untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Byrne dan pada akhirnya Harvey mengambil risiko menurunkan Byrne semasa beliau bergelut dengan masalah kecederaan sebelum akhirnya tewas dan menurunkan penjaga gol muda, Sophie Harris. Adios!

0 comments:

Post a Comment