03 December 2012

On The Spot : Mikel Arteta

Jika bulan lepas telah menyaksikan Thomas Vermaelen merupakan pemain pertama untuk slot On The Spot pada minggu pertama, kali ini Atikah akan mendekati penolong kapten pasukan Arsenal yang selepas sekian lama dikaitkan dengan perpindahan dari Merseyside ke North London, akhirnya dibawa masuk Arsene Wenger pada hari terakhir pintu perpindahan Ogos 2011.

Mikel Arteta Amatriain pada 26 Mac 1982 di San Sebastien, Sepanyol memulakan kariernya di kelab Antiguoko dan telah menjadi sahabat karib Xabi Alonson dan pernah bersama-sama bermimpi untuk bergandingan di bahagian tengah Real Sociedad pada suatu hari nanti. Selepas Alonso menyertai Sociedad, Arteta menyertai skuad FC Barcelona B pada umur 15 tahun. Disebalik potensi yang dimilikinya, Arteta gagal memasuki skuad utama Barcelona.

Ini telah menyaksikan Arteta menyertai Paris St. Germain secara pinjaman. Pada tahun 2002, Arteta menyertai kelab Scotland, Rangers dan memenangi treble pada musim pertamanya dan terus menjadi pemain kesayangan peminat. Selepas 2 tahun di Scotland, Arteta memenuhi impiannya untuk mewakili pasukan Real Sociedad.

Namun setibanya Arteta ke Real Sociedad dengan yuran perpindahan berjumlah 5.2 juat euro dengan idea menggandingkannya dengan rakan baiknya, Xabi Alonso, Alonson berhijrah ke Liverpool dan karier Arteta di Sociedad langsung tidak menjadi. 6 bulan selepas menyertai Sociedad, Arteta menyertai Everton secara pinjaman dan selepas beraksi baik, David Moyes mengaktifkan klausa untuk membeli Arteta dengan harga 2 juta pound pada tahun 2005.

Persembahan mantap Mikel Arteta di Everton telah mengundang spekulasi yang Arsene Wenger bersedia untuk menggandingkannya dengan seorang lagi pemain tengah Sepanyol, Cesc Fabregas di Arsenal dengan dilaporkan Arsenal hampir menandatanganinya pada musim 2008/2009. Namun kecederaan yang dialaminya telah menyaksikan perpindahan tersebut tidak menjadi kenyataan jika ada sebarang kebenaran atas khabar angin tersebut.

Tempoh Arteta di Everton telah menyaksikan beliau 2 kali dinamakan Pemain Terbaik Tahunan Everton  pada musim 2005/2006 dan 2006/2007 dan sekali Pemain Terbaik Tahunan Everton pilihan para pemain pada musim 2005/2006. Musim 2006/2007 turut menyaksikan Arteta dinamakan sebagai Sky Sports Midfielder Of The Year menewaskan Cristiano Ronaldo.

Hanya setahun selepas Mikel Arteta menandatangani kontrak baru 5 tahun bersama-sama Everton, Arsenal telah mengesahkan pembelian Arteta dengan yuran perpindahan berjumlah 10 juta pound pada hari terakhir perpindahan Ogos 2011 dengan dilaporkan Arteta telah menerima pengurangan gaji dari yang diterimanya di Everton untuk menyertai Arsenal. Selepas kehilangan Fabregas dan Samir Nasri pada bulan Ogos dan kecederaan serius Jack Wilshere telah memaksa Wenger membawa masuk Arteta dengan kontrak 4 tahun. Arteta kemudiannya diberikan jersi nombor 8.

Disebalik mengakui Cesc Fabregas telah memberikan nasihat kepadanya selepas perpindahannya ke Arsenal, Arteta secara tegas menafikan beliau dibawa masuk untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Fabregas. Corak permainan yang berlainan dengan bekas kapten Arsenal itu menjadi bukti kehadiran Arteta dilihat hanya untuk melengkapkan kepingan jigsaw yang selama ini Arsenal hilang berbanding dibawa masuk untuk mengisi ruang yang ditinggalkan bekas pemain nombor 4 Arsenal itu.

Arteta membuat debutnya pada 10 September 2011 pada perlawanan menentang Swansea City di Emirates Stadium. Selepas mengakui faktor utamanya meninggalkan Everton kerana mahu bersaing di Champions League, Arteta membuat debutnya di saingan Eropah pada perlawanan menentang Borussia Dortmund. 7 hari selepas debutnya, Arteta menjaringkan gol pertamanya untuk Arsenal semasa kekalahan 4-3 Arsenal kepada Blackburn Rovers.

Pada 5 November 2011, Arteta menjaringkan gol pertamanya di Stadium Emirates semasa kemenangan 3-0 Arsenal ke atas West Bromwich Albion. Arteta kemudiannya diberikan penghargaan untuk mengetuai Arsenal buat pertama kalinya semasa kemenangan perlawanan Piala FA menentang Leeds United dimana ianya sedikit dibayangi dengan debut kedua lagenda Arsenal, Thierry Henry.

Arteta kemudiannya terpaksa menamatkan musimnya dengan lebih awal apabila kecederaan buku lali yang dialaminya pada 16 April menyaksikannya disisihkan sehingga penghujung musim. Arteta menamatkan musim pertamanya dengan menduduki tempat kelima undian Pemain Terbaik Tahunan Arsenal selepas beraksi dalam 38 perlawanan untuk Arsenal dalam semua kejohanan dengan 6 gol dijaringkannya. Kesemuanya di saingan liga.

Sebelum permulaan musim 2012/2013, Mikel Arteta telah disahkan sebagai pembantu kapten pasukan Arsenal selepas Thomas Vermaelen dilantik sebagai kapten pasukan yang baru menggantikan Robin Van Persie yang berhijrah. Arteta mengetuai pasukan buat pertama kalinya sebagai pembantu kapten pasukan pada perlawanan menentang Manchester City.

Musim ini juga menyaksikan Arteta diberikan tugas lebih kebawah selepas pemergiaan Alex Song. Arteta menjaringkan gol pertamanya musim ini pada perlawanan menentang Queens Park Rangers pada 27 Oktober yang juga gol kemenangan pasukan. Mikel Arteta yang diakui Wenger sebagai pengambil sepakan penalti utama Arsenal, gagal menyempurnakan sepakan penalti yang mampu memastikan kemenangan kepada Arsenal semasa menentang Fulham di Emirates Stadium pada 10 November selepas sepakannya diselamatkan Mark Schwarzer.

Disebalik impaknya di EPL, Mikel Arteta tidak pernah dipanggil skuad kebangsaan Sepanyol walaupun pernah seketika mewakili skuad U-16, U-17, U-18 dan U-21 Sepanyol. Arteta telah pun dipanggil skuad kebangsaan Sepanyol pada 2008, namun kecederaan serius yang dialaminya telah menyaksikan Arteta tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan cap pertamanya.

Mikel Arteta berkahwin dengan model dan aktress kelahiran Argentina yang juga mempunyai kerakyatan Sepanyol, Lorena Bernal. Lorena pernah berlakon dalam satu episode, dua drama bersiri Amerika Syarikat yang cukup popular iaitu Chuck dan CSI Miami. Arteta dan Lorena mempunyai dua anak lelaki iaitu Gabriel yang dilahirkan pada tahun 2009 dan Daniel yang dilahirkan pada tahun 2012.

'He is consistent going forward, technically fantastic and he works very hard for the team. He is an organiser too and does the job defensively in vital parts. He is a winner and he does what it takes to win, it’s as simple as that. If he sees that he has to sit to allow us to be efficient, he will do it.' -Arsene Wenger-

0 comments:

Post a Comment