20 February 2011

Pre Match : Arsenal VS Leyton Orient

Arsenal akan berkunjung ke gelanggan Leyton Orient dengan penuh semangat selepas mencatatkan kemenangan bersejarah ke atas Barcelona selepas bangkit dari ketinggalan 1 gol untuk mencatatkan kemenangan 2-1 pada first leg Champions League.. Arsene Wenger dijangkakan merehatkan beberapa tonggak memandangkan selepas perlawanan ini kita ada perlawanan EPL menentang Stoke City sebelum ke Wembley untuk final Piala Carling menentang Birmingham City..

Johan Djourou yang mengadu mengalami kesakitan belakang dan dijangka terlepas aksi menentang Leyton Orient malam ini disahkan Wenger yang Djourou telah pulih sepenuhnya daripada kecederaan tersebut.. Theo Walcott yang mengalami kecederaan hamstring pula disahkan Wenger yang TW14 telah pulih sepenuhnya dari kecederaan hamstringnya..

Marouane Chamakh yang diberikan rehat oleh Wenger disahkan Wenger akan kembali semula selepas memberikan ruang kepada Chamakh untuk berehat selepas mula terasa cabaran EPL.. Bacary Sagna yang terlepas perlawanan menentang Barca akibat pergantungan perlawanan akan kembali ke dalam pasukan namun Abou Diaby akan menjalani pergantungan terakhirnya pada perlawanan ini..

Manuel Almunia dijangka mengawal gawang Arsenal pada malam ini untuk memberikan rehat kepada Wojciech Szczesny.. Pemain-pemain lain yang dijangka akan direhatkan Wenger malam ini berkemungkinan dua tongga utama Arsenal, Cesc Fabregas dan Robin Van Persie dengan Tomas Rosicky dan Maroune Chamakh akan mengantikan mereka..

Jack Wilshere mungkin akan turut direhatkan dengan Denilson akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Wilshere.. Salah seorang diantara Johan Djourou dan Laurent Koscielny pastinya akan direhatkan dengan Sebastien Squillaci akan dibawa masuk.. Kieran Gibbs pastinya akan mengambil alih tempat Gael Clichy pada malam ini.. Berikut ialah bayangan kesebelasan utama malam ini..

ALMUNIA
SAGNA-----SQUILLACI-----KOSCIELNY/DJOUROU------GIBBS
SONG-----DENILSON
BENDTNER-----ROSICKY-----ARSHAVIN
CHAMAKH

Perlawanan ini akan dimulakan pada pukul 12 tengah malam ini dengan Astro Super Sport saluran 813 akan menyiarkannya secara langsung.. Marilah harap kita berjaya menundukkan Leyton Orient ini tanpa sebarang masalah.. Harapnya kita tidak perlulah perlawanan ulangan.. Dan paling penting sekali marilah kita sama-sama berdoa tidak akan ada sebarang kecederaan serius berlaku.. Adios!!

1 comments:

Sharinginfoz said...

semoga arsenal bermain dengan lebih baik dan tak underestimate the team, main macam lawan barcelona

20.2.11

Post a Comment