27 July 2011

Arsenal Ladies 3-0 Liverpool

Setelah berehat selama hampir 2 bulan untuk memberikan ruang kepada Piala Dunia Wanita di Jerman, Arsenal Ladies kembali ke pentas WSL untuk terus memberikan tekanan kepada pendahulu liga Birmingham Ladies.. Di atas kertas Ladies mempunyai tugas yang mudah menentang Liverpool yang masih gagal mencatatkan sebarang kemenangan.. Ladies turun dengan menyarung jersi baru Arsenal dengan berharap ianya akan memberikan tuah kepada mereka..

Laura Harvey membuat keputusan untuk meletakkan kapten pasukan Faye White di bangku simpanan dengan memberikan kepercayaan kepada Ciara Grant dan Gilly Flaherty di bahagian tengah pertahanan.. Jayne Ludlow yang pulih daripada kecederaan turut berada di bangku simpanan sementara Rachel Yankey, Ellen White dan Steph Houghton terus memulakan aksi di atas padang..

10 minit pertama menyaksikan Liverpool hampir-hampir mendahului hanya untuk menyaksikan tandukan Suzanne Lappin meliar.. Sejurus selepas itu Ladies bangkit dan Kim Little menewaskan 3 pertahanan hanya untuk menyaksikan rembatannya sedikit tersasar.. Kim Little selepas itu melorongkan bola kepada Rachel Yankey hanya untuk menyaksikan rembatan Yankey diselamatkan penjaga gol Liverpool yang tengah on form..

Namun pada minit ke-35 Danielle Gibbons tewas juga.. Gibbons gagal menangkap kemas tendangan padu Little dan bola terus ke kaki Julie Fleeting.. Penyerang prolifik Arsenal itu tidak mensia-siakan sebarang peluang untuk memastikan pasukan mendahului 1-0 pada babak pertama perlawanan..

Pada minit ke-60 selepas pemain terbaik perlawanan, Jordan Nobbs menghuru-harakan pertahanan Liverpool, rembatan Yankey yang terkena pertahanan Liverpool berjaya menewaskan penjaga gol Liverpool untuk memberikan pendahuluan 2-0 kepada Arsenal dengan 3 mata semakin hampir milik Ladies..

Ellen White yang menjaringkan gol pertama di Piala Dunia dilihat cukup tidak bertuah pada perlawanan ini selepas tandukannya berjaya diselamatkan penjaga gol selepas menerima hantaran cantik daripada Jayne Ludlow.. Namun White dan Little bekerjasama untuk gol ketiga pasukan..

Hasil hantaran satu dua bersama Ellen White, Kim Little mudah menewaskan Daniella Gibbons dalam pertarungan one on one.. Tamat perlawanan Arsenal Ladies 3-0 Liverpool.. Kemenangan Birmingham pada satu lagi perlawanan menyaksikan Ladies masih ketinggalan 4 mata di belakang Birmingham dengan Ladies bermain kurang 1 perlawanan berbanding Birmingham..

Esok bakal menyaksikan pertarungan derby London di antara Arsenal Ladies dan Chelsea Ladies.. Pada perlawanan terdahulu Ladies menang tipis 1-0 hasil daripada jaringan Gilly Flaherty.. Ladies perlu menang perlawanan ini untuk terus memberikan tekanan kepada Birmingham dan nasib baik kepada Ladies perlawanan ini akan berlangsung di tempat sendiri..

So tahniah kepada skuad Arsenal Ladies dan good luck untuk perlawanan esok.. Di sini Atikah postkan highlights video Arsenal Ladies vs Liverpool.. Anda patut tengok terutama sekali kelincahan Kim Little yang bagi Atikah merupakan Cesc Fabregas Arsenal Ladies.. Memang cukup mengkagumkan melihat kehebatan pemain Scotland berusia 21 tahun itu.. Adios..

P/S : Chelsea mempunyai 4 bekas pemain Arsenal Ladies.. Iaitu penyerang Helen Lander, pemain tengah Lara Fay, pertahanan Leanne Champs dan penjaga gol, Sarah Quantrill..

0 comments:

Post a Comment