Arsenal Ladies 3-0 Chelsea
Arsenal Ladies menerima kunjungan Chelsea Ladies di Boreham Wood dengan misi perlu menang untuk terus memberikan tekanan kepada pendahulu liga Birmingham Ladies yang berjaya mencatatkan kemenangan dramatik 3-2 sehari sebelum Arsenal Ladies menerima kunjungan Chelsea yang masih terluka dengan kekalahan 2-0 ke atas Everton sebelum itu..Pengurus pasukan, Laura Harvey membuat keputusan untuk terus memberikan kepercayaan kepada gandingan Niamh Fahey dan Ciara Grant di bahagian tengah pertahanan berbanding menurunkan kapten pasukan, Faye White mahupun penolong kapten pasukan Jayne Ludlow yang masing-masing baru pulih dari kecederaan.. Ini menyaksikan Katie Chapman sekali lagi diberikan kepercayaan untuk mengetuai skuad..
Separuh masa pertama menyaksikan Chelsea hampir-hampir menjaringkan gol pendahuluan menerusi tandukan Kate Longhurst hanya mengegarkan tiang gol walaupun jelas sekali penjaga gol Arsenal, Emma Byrne telah pun tertewas.. Ladies melancarkan serangan pertama mereka selepas Kim Little menghuru-harakan pertahanan Chelsea sebelum rembatan Fahey berjaya diselamatkan Carly Telford..
Hantaran cantik Jordan Nobbs pada minit ke-65 ke sebelah kiri padang berjaya mencari pemain sayap kiri yang tengah on form, Rachel Yankey.. Yankey melepaskan rembatan yang terkena pertahanan Chelsea sebelum menerjah jaring untuk menyaksikan pemain sayap England tersebut menjaringkan dua gol daripada dua perlawanan..
Kim Little sekali lagi menghuru-harakan pertahanan Chelsea sebelum melepaskan rembatan yang berjaya ditahan pertahanan Chelsea hanya untuk menyaksikan bola tersebut menuju tepat kepada Daniella Carter.. Carter terus melepaskan rembatan cantik yang menewaskan penjaga gol Chelsea untuk memberikan Arsenal pendahuluan 2-0 pada minit ke-73..
10 minit selepas itu Carter mengegarkan jaring sekali lagi selepas tumbukan penjaga gol Chelsea tepat ke arahnya sebelum Carter melakukan rembatan cantik dari luar kotak penalti untuk menyaksikan penjaga gol Chelsea hanya mampu melihat bola tersebut menerjah jaringnya.. Carter terus dijulang sebagai super sub pada perlawanan ini selepas hanya masuk 3 minit sebelum gol pertama perlawanan..
Namun punca sebenar kejaayan Ladies pada perlawanan tersebut adalah disebabkan tonggak Ladies di bahagian tengah yang diketuai oleh kapten pasukan, Katie Chapman yang dibantu oleh Kim Little, Jordan Nobbs dan Rachel Yankey.. Arsenal jelas sekali mendominasi bahagian tengah sepanjang perlawanan tersebut sehingga bahagian tengah Arsenal Ladies diakui dicemburui oleh setiap pasukan..
Malam ini semasa skuad lelaki Arsenal akan menentang pasukan bekas kapten dan lagenda, Theirry Henry skuad Arsenal Ladies akan berkunjung ke Everton dengan misi mengutip satu lagi 3 mata penuh untuk terus merapatkan jurang dengan Birmingham yang akan menentang Lincoln Ladies pada masa yang sama..
Namun misi Ladies tidak akan menjadi mudah memandangkan Everton terbukti sering mengecewakan skuad Arsenal Ladies dan tidak pernah memberikan kerja mudah kepada Ladies mencatatkan kemenangan.. Dengan Everton turut mencatatkan dua kemenangan sejak musim bermula semula, perlawanan ini pastinya cukup sengit.. Apa-apa good luck Ladies!!
0 comments:
Post a Comment