18 July 2011

Arsenal Ladies back in action

Selepas berehat selama 2 bulan Arsenal Ladies akan kembali menghiasi bola sepak wanita di England dengan stail permainan Arsenal.. Selepas berehat untuk memberi peluang kepada Piala Dunia wanita di Jerman menghiasi dada akhbar kini giliran Arsenal Ladies pula cuba untuk menghiasa dada akhbar dengan rentetan kemenangan untuk memberikan tekanan kepada pendahulu liga Birmingham Ladies..

Arsenal Ladies masih lagi segar dengan kejayaan menundukkan Bristol Academy 2-0 di pentas akhir Piala FA hasil jaringan Kim Little dan Julie Fleeting dua bulan yang lalu akan bersiap sedia untuk berdepan Liverpool Ahad ini yang kini menghuni tangga terakhir liga dengan hanya memperoleh 3 mata dari 7 perlawanan berbanding Arsenal yang sudah mengutip 13 mata dari 6 perlawanan..

Kekalahan England Ladies di peringkat suku akhir menyaksikan Arsenal Ladies mampu untuk menyenaraikan keempat-empat tonggak utama mereka yang dipanggil England diketuai oleh kapten pasukan Faye White yang pulih dari kecederaan untuk mengukuhkan kembali bahagian pertahanan Arsenal Ladies dan tempat di mana Faye mampu untuk mengatasi kekecewaannya gagal menyempurnakan sepakan penalti semasa kekalahan England di tangan Perancis di penentuan sepakan penalti..

Ini juga membawa maksud Ladies akan kembali memperoleh khidmat pemain sayap kiri dan penyerang iaitu Rachel Yankey dan Ellen White yang masing-masing meledak 1 gol pada kejohanan tersebut dan kedua-duanya muncul wira England semasa menundukkan Jepun 2-0 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan dan bek kanan mereka iaitu Steph Houghton yang lebih banyak memanaskan bangku simpanan..

Sumbangan keempat-empat mereka teramat-amat penting disamping Kim Little dan bekas pemain skuad England, Katie Chapman untuk memberi tekanan kepada Birmingham Ladies yang kini mendahului liga 4 mata di hadapan Arsenal dengan Arsenal Ladies mempunyai satu perlawanan di dalam tangan dan satu perlawanan menentang mereka.. So good luck Ladies and cannot wait for the game!!

P/S : Piala dunia wanita akan tamat pada awal pagi hari Isnin di mana USA akan menentang Jepun di peringkat akhir..

0 comments:

Post a Comment