Review : Arsenal Ladies first half of the season
Arsenal Ladies tidak memulakan musim baru mereka seperti kebiasaannya selepas berjaya memenangi kejuaraan liga buat kali ke-12 dan kali ke-7 berturut untuk memastikan kejuaraan terakhir liga format lama.. Laura Harvey telah dilantik sebagai pengurus tetap selepas berjaya membawa pasukannya memenangi kejuaraan liga dan mara ke pentas akhir Piala FA, separuh akhir FA Women's League Cup dan peringkat kalah mati Champions League sejak mengambil alih pasukan pada bulan Februari selepas perletakan jawatan Tony Gervaise..Musim panas menyaksikan Vic Akers selaku General Manager Arsenal Ladies membawa masuk 3 pemain berbakat muda England diketuai oleh bekas pelatih Arsenal Ladies sendiri iaitu Ellen White yang berkelana ke Leeds untuk mengisi posisi yang ditinggalkan lagenda Ladies, Kelly Smith di bahagian serangan.. Steph Houghton di bawa masuk untuk mengisi kekosongan di bek kanan Arsenal selepas pemergian Alex Scott.. Walaupun secara hakikatnya Houghton telah menjadi sasaran Akers sejak 3 musim yang lalu..
Sementara Jordan Nobbs di bawa masuk mungkin untuk mengisi kekosongan Katie Chapman sebelum Katie mengumumkan kepulangannya semula ke Arsenal Ladies sebaik sahaja kontraknya bersama Chicago Red Stars tamat.. Selain itu Ladies membuat keputusan untuk membenarkan beberapa bekas tonggak ataupun back up tonggak pemain utama mereka yang berprofil tinggi untuk berhijrah..
Ianya diketuai oleh kapten Bristol Academy sekarang ini, Corrine Yorston, penyerang, Gemma Davison (yang melakukan pernampilan terakhirnya pada bulan November semasa kemenangan 4-1 Arsenal Ladies ke atas Rayo Vallecano) dan Helen Lander.. Dua pemain skuad simpanan dan separuh utama iaitu penjaga gol nombor 3, Sarah Quantrill dan penyerang muda Ruesha Littlejohn turut dibenarkan berpindah sebelum bermulanya musim baru yang akan lebih mencabar dari sebelum ini..
Permulaan Women Super League format baru ini hanya akan disepak mula pada bulan April dengan Ladies turut perlu mara ke final Piala FA untuk menempah tiket ke Women's Champions League musim depan berbanding sebelumnya perlu berada di top 2 di dalam kedudukan liga.. Namun malang buat skuad Ladies kerana jadual Champions League bermula seperti kebiasaannya iaitu pada bulan September untuk Round of 32..
Ini menyaksikan Ladies menentang ZFK Masinac semasa mereka sedang bercuti dengan ini memaksa pasukan melakukan beberapa perlawanan persahabatan untuk memastikan tahap kecergasan pemain.. Ladies mula agak goyah apabila hanya mampu mencatatkan kemenangan 3-1 di Serbia.. Seminggu kemudiannya Ladies menunjukkan mengapa mereka pernah memenangi kejohanan Eropah pada tahun 2007 selepas membelasah ZFK Masinac di tempat sendiri 9-0.. Ladies mara ke peringkat kalah mati dengan agregat 12-1..
Peringkat kalah mati menyaksikan Ladies akan ke Sepanyol untuk menentang Rayo Vallecano.. Dengan hanya mengharapkan perlawanan persahabatan untuk kekal cergas jelas sekali ianya mengundang padah kepada Ladies apabila mereka tewas 2-0 di tangan Rayo di Madrid.. Namun seminggu kemudiannya Ladies melakukan come back terbaik dalam sejarah di hadapan peminat sendiri dengan menundukkan Rayo 4-1 untuk mara ke suku akhir dengan agregat 4-3..
Bulan Mac menyaksikan Arsenal Ladies akan melalui kempen Piala FA dengan misi mencari tiket ke final untuk bukan sahaja memperoleh tempat ke Champions League musim depan namun juga untuk membalas dendam kekalahan pentas akhir mereka ke atas Everton musim lepas.. Namun Ladies berpeluang membalas dendam ke atas Everton di perinkat kalah mati dan mereka melakukannya dengan kemenangan 2-0..
Pada bulan tersebut juga menyaksikan Arsenal Ladies menentang wakil Sweden Linkoping pada peringkat suku akhir Champions League.. Selepas hanya mampu seri 1-1 di Boreham Wood, skuad Arsenal Ladies hanya cukup bertuah untuk mara ke separuh akhir selepas mengikat Linkoping 2-2 di tempat lawan untuk mara dengan kelebihan jaringan di tempat lawan..
Arsenal Ladies meneruskan ketidak tentuan prestasi mereka semasa peringkat suku akhir Piala FA yang menyaksikan Ladies bangkit untuk menang 3-2 ke atas Sunderland di masa tambahan untuk seterusnya menempah tiket ke separuh akhir Piala FA.. April menjadi lebih sukar kepada skuad Arsenal Ladies yang akan menentang finalis Champions League musim lepas iaitu Lyon..
Perlawanan pertama di tempat lawan menyaksikan Ladies tewas 2-0.. Beberapa hari selepas itu Ladies memulakan sepak mula FA WSL dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Chelsea di tempat lawan.. Namun selang 3 hari selepas itu Ladies menangis kekecewaan selepas tewas tipis 3-2 kepada Lyon pada perlawanan kedua di tempat sendiri yang menyaksikan impian mereka untuk menjulang UEFA Women's Champions League di final yang akan berlangsung di Craven Cottage musnah atas kekalahan 5-3 secara agregat..
Ladies yang masih belum pulih sepenuhnya daripada kekecewaan tumpas di separuh akhir Champions League hanya mampu mencatatkan kemenangan 1-0 di tempat sendiri ke atas Bristol Academy.. Namun 3 hari kemudiannya menyaksikan Ladies mara bergaya ke final Piala FA selepas membelasah Barnet 5-0 di separuh akhir.. Ini menyaksikan Ladies layak ke Champions League musim hadapan dan mampu untuk bangkit dari kekecewaan musim ini di pentas Eropah..
Namun 4 hari selepas itu Ladies tewas 2-1 ke atas Birmingham City semasa mereka mampu untuk menakluki carta liga dengan kemenangan.. Namun Ladies bangkit dan terus memberi tekanan kepada Birmingham dengan kemenangan selesa 2-0 ke atas Lincoln City dan 3-0 ke atas Doncaster Rovers sebelum diikat 2-2 dengan Bristol Academy..
Final Piala FA menandakan berakhirnya separuh musim pertama kempen musim baru dengan Ladies bersiap sedia untuk menentang Bristol yang 2 minggu sebelum itu mengikat mereka 2-2 di dalam saingan liga.. Namun misi Ladies untuk membalas dendam kekecewaan mereka di final Piala FA musim lalu menyaksikan Bristol tidak akan mempunyai misi mudah untuk melakukan kejutan..
Dan ianya terbukti dengan kemenangan selesa 2-0 Arsenal Ladies ke atas Bristol Academy dengan Ladies menunjukkan mengapa mereka masih lagi menjadi pasukan England paling berjaya dan paling digeruni.. Inilah cara terbaik untuk menamatkan separuh musim pertama kempen.. Tiada lagi cara yang baik.. Yeah mungkin dengan kejayaan di final Champions League namun disebabkan mereka gagal untuk mara ke pentas final ini sajalah cara terbaik untuk menamatkannya..
Separuh musim pertama menyaksikan penolong kapten pasukan Jayne Ludlow terlepas hampir kesemua perlawanan akibat kecederaan Achilles dengan kali terakhir aksinya bersama skuad Arsenal Ladies adalah pada perlawanan menentang Rayo Vallecano di Madrid yang menyaksikan Ladies tewas 2-0 semasa diketuai Ludlow.. Ludluow dijangka kembali pulih semasa separuh musim kedua..
Kapten pasukan Faye White juga mempunyai masalah kecederaan sepanjang musim baru ini selepas beliau mengalami kecederaan lutut yang teruk pada bulan April semasa kemenangan 1-0 Arsenal Ladies ke atas Bristol Academy.. Ini menyaksikan Ladies kehilangan khidmat kapten pasukan mereka dan Faye turut hanya mampu melihat Katie Chapman menjulang Piala FA berbanding beliau.. Faye akan kembali mempimpin Ladies sebaik musim kedua bermula selepas berjaya pulih dari kecederaan sebelum bermulanya Piala Dunia tempoh hari..
Sementara itu Ellen White, Steph Houghton dan Jordan Nobbs berjaya menjadi tonggak utama pasukan dengan Ellen terutamanya berjaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan Kelly Smith dengan dalam semua kejohanan setakat ini, Ellen telah menyumbat 12 gol untuk menjadi penjaring terbanyak Ladies setakat ini..
Nobbs turut memberikan petunjuk beliau cukup berbakat dengan 2 gol sumbangannya setakat ini sementara Houghton kebal di bek kanan Arsenal.. Namun kembalinya Katie Chapman telah menyaksikan Ladies kembali mendapat semula kepingan jigsaw yang hilang semasa perpindahan Katie ke United States..
Sejak kembali menyarung jersi Arsenal pada bulan November, Katie telah menjaringkan 3 gol dengan 2 gol daripadanya merupakan gol penting semasa Ladies mara hingga ke peringkat separuh akhir Champions League.. Kecederaan yang menimpa Faye White dan Jayne Ludlow menyaksikan Katie Chapman mengetuai Arsenal menjulang kejuaraan Piala FA..
Disebalik kemunculan nama-nama baru seperti Ellen, Nobbs dan Houghton di bilik persalinan Arsenal, Kim Little masih lagi menjadi pemain terbaik Arsenal Ladies dengan paling tidak akan dilupakan ialah aksinya di final Piala FA.. Rachel Yankey dan Julie Fleeting khususnya memberitahu kehadiran Nobbs, White dan Houghton langsung tidak menjejaskan mereka..
So good luck kepada skuad Arsenal Ladies pada separuh musim kedua.. Harapnya Ladies berjaya memintas Birmingham Ladies di puncak liga untuk seterusnya menakluk bola sepak wanita England sekali lagi..
0 comments:
Post a Comment