27 July 2011

Berita buruk daripada Walcott dan Henderson

Theo Walcott memberikan sedikit kerisauan di dalam kem Arsenal di Jerman selepas kecederaan buku lalinya menyaksikan beliau di hantar pulang Arsene Wenger untuk menjalani MRI scan dan seterusnya proses pemulihan.. Namun Wenger menegaskan kecederaan buku lali Walcott tidak begitu serius dan sebab beliau menghantar pulang Theo adalah disebabkan TW14 tidak mampu untuk menjalani latihan..

Menurut Wenger lagi kecederaan tersebut adalah kecederaan lama yang di alami Walcott selepas diterjah keras Dean Whitehead bulan Februari yang lalu yang mana menyaksikan Walcott sejak itu keluar masuk dari pasukan Arsenal akibat kecederaan tersebut.. Harapnya staf perubatan Arsenal mampu memastikan Walcott cergas sepenuhnya pada permulaan musim nanti..

Satu lagi berita buruk adalah tentang kecederaan yang dialami pemain tengah skuad simpanan Conor Henderson.. Henderson tercedera semasa minit-minit akhir perlawanan menentang FC Cologne yang menyaksikan beliau terpaksa diusung keluar.. Pada permulaannya Wenger menjangkakan ianya bukanlah sesuatu yang serius namun pemeriksaan mendapati kecederaan tersebut cukup serius..

Henderson disahkan mengalami kecederaan lutut yang teruk.. Kecederaan yang sama dialami Emmanuel Frimpong musim lalu.. Henderson dijangka berehat sekurang-kurangnya selama 6 bulan akibat kecederaan tersebut.. Harapnya pemain berusia 19 tahun ini akan kembali pulih secepat yang mungkin dan seterusnya terus membuktikan keupayaannya..

Henderson membuat debutnya pada perlawanan ulangan menentang Leyton Orient di mana beliau beraksi selama 90 minit dan membantu pasukan menang 5-0 dengan Henderson telah menarik perhatian peminat-peminat Arsenal pada perlawanan tersebut walaupun beliau tidak menjaringkan sebarang gol ataupun mencipta sebarang peluang..

Sementara itu penjaga gol utama skuad simpanan, James Shea telah menyertai Dagenham & Redbridge secara pinjaman semusim.. Shea telah berada di bangku simpanan beberapa kali sepanjang musim lalu akibat masalah kecederaan penjaga gol yang menimpa Arsenal.. Dan Shea turut dipanggil menyertai latihan bersama-sama skuad Fabio Capello musim lalu..

Penjaga gol berusia 20 tahun itu dibawa masuk kelab League Two itu secara pinjaman setelah Tony Roberts bersara iaitu jurulatih penjaga gol akademi Arsenal.. So semoga berjaya kepada Shea dalam tempoh pinjamannya ke kelab League Two tersebut.. Dan ini membawa maksud skuad simpanan Arsenal akan mempunyai penjaga gol nombor satu yang baru..

Selepas Wojciech Szczesny mengukuhkan tempatnya di dalam pasukan utama Arsenal, James Shea telah mengambil alih sebagai penjaga gol nombor satu skuad simpanan.. Posisi tersebut kini dilihat akan diberikan kepada penjaga gol Argentina yang menarik perhatian Wenger, Damien Martinez..

Ini memungkinkan peminat Arsenal untuk menyaksikan aksi penjaga gol yang pernah dipanggil skuad utama Argentina pada Jun lalu dengan lebih dekat lagi..Bekas penjaga gol Independiente yang bakal berusia 19 tahun pada September ini pastinya akan menggunakan peluang ini untuk memberikan tekanan kepada penjaga gol skuad utama..

Selain daripada James Shea setakat ini Arsenal telah meminjamkan Denilson secara pinjaman semusim ke kelab Brazil Sao Paulo yang juga bekas kelabnya.. Denilson dilepaskan Wenger secara pinjaman setelah Emmanuel Frimpong semakin hampir untuk mengukuhkan tempatnya di dalam pasukan utama sementara Denilson semakin tercicir dari perancangan Wenger..

Seorang lagi pemain yang dipinjamkan ialah penyerang Brazil Wellington Silva.. Wellington telah dipinjamkan sekali lagi ke kelab Liga Sepanyol, Levante UD.. Wellington telah dipinjamkan ke Levante pada Januari yang lalu dan berjaya menampilkan aksi yang baik.. Levante sekali lagi bertindak mendapatkannya secara pinjaman sementara beliau berjaya untuk mendapatkan permit kerja untuk membolehkan beliau beraksi bersama Arsenal..

Sementara itu Ryo Miyaichi berkemungkinan akan dipinjamkan sekali lagi memandangkan Miyaichi masih belum mempunyai permit kerja.. Namun Wenger jelas akan melakukan segalanya untuk memastikan Miyaichi mampu terlibat bersama skuad utama musim depan.. Harapnya FA England akan memberikan permit kerja kepada Miyaichi kerana Miyaichi cukup mengkagumkan dan sayang untuk melihat beliau beraksi bersama kelab lain walaupun secara pinjama kerana beliau jelas sekali sesuai untuk Arsenal dan mampu membentuk gandingan merbahaya bersama-sama Theo Walcott.. Adios..

P/S : Andrei Arshavin berharap beliau mampu menjaringkan 15 gol musim depan..

0 comments:

Post a Comment