27 February 2011

Pre Match : Arsenal vs Birmingham City

Arsenal akan menentang Birmingham City di stadium Wembley tanpa kelibat kapten pasukan, Cesc Fabregas yang sudah mula menerima hakikat tidak akan tersenarai pada perlawanan ini akibat kecederaan hamstring, sudah semestinya mahu menjulang Piala Carling ini untuk menamatkan penantian selama 5 tahun untuk trofi kejuaraan..

Selain kehilangan Fabregas, Arsenal turut kehilangan Theo Walcott.. Namun Robin Van Persie, Abou Diaby dan Laurent Koscielny berjaya sembuh tepat pada masanya untuk perlawanan akhir Piala Carling ini dengan RVP akan mengambil alih tempat Fabregas sebagai kapten pasukan.. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di Astro Super Sport 3 channel 817 pada pukul 11.30 malam dengan perlawanan hanya akan dimulakan pada pukul 12 tengah malam..

SZCZESNY
SAGNA-----DJOUROU-----KOSCIELNY-----CLICHY
SONG-----DIABY
NASRI-----WILSHERE-----ARSHAVIN
VAN PERSIE

Berikut ialah bayangan kesebelasan utama Arsenal malam ini dengan Wenger sudah semestinya akan menurunkan barisan terbaiknya.. Apa-apa pun pastikan anda semua menyaksikan perlawanan ini dan harapnya Arsenal tiada sebarang masalah untuk mencatatkan kejayaan.. So bolehla esok kita dengan gembiranya meraikan kejayaan Arsenal menjulang Piala Carling ini.. Adios!!

1 comments:

Sharinginfoz said...

nasib baik van persie ada, kena menang ni sebab dah lama tak dapat tropi

27.2.11

Post a Comment