23 November 2011

Team News

Tomas Rosicky yang sebelum ini terlepas perlawanan menentang bekas kelabnya, Borrusia Dortmund di Jerman akan terlepas sekali lagi perlawanan menentang bekas kelabnya itu di Emirates Stadium selepas mengalami kecederaan paha semasa menjalani latihan..

Namun ketiadaan Rosicky dijangka akan digantikan dengan Abou Diaby yang dilihat cukup cergas selepas menjalani pembedahan buku lalu dan Diaby dilihat akan mengambil tempat Rosicky di bangku simpanan walaupun beliau tidak beraksi untuk satu tempoh yang lama..

Robin Van Persie yang sebelum ini memulakan perlawanan di bangku simpanan semasa menentang Olympique De Marseille akibat kerisauan tentang kecederaannya disahkan bakal memulakan perlawanan menentang Borussia Dortmund selepas bebas daripada kecederaan yang mungkin menghalangnya untuk beraksi di barisan pemulaan..

Berikut adalah bayangan kesebelasan utama Arsenal malam ini.. Perlawanan ini tidak akan ditunjuk secara live namun ada siaran tertunda di Astro ESPN pada pukul 5.30 malam nanti.. Adios!!

P/S : Game start pukul 3.45 pagi..

1 comments:

akumad said...

1st

23.11.11

Post a Comment