Get to know : Young Guns Midfielders
So penjaga gol dan pemain pertahanan akademi Arsenal telah pun Atikah kenalkan. Sekarang ini giliran pemain tengah pula dengan beberapa nama pemain ini telah pun dikenali segelintir peminat Arsenal. Seramai 10 pemain telah menandatangani kontrak professional sementara seorang di tahun keduanya dan 3 pemain di tahun pertama. Samuel Galindo, Chuks Aneke dan Conor Henderson pula merupakan 3 pemain yang dipinjamkan.Kita mulakan senarai ini dengan nama yang cukup dikenali peminat Arsenal iaitu Craig Eastmond. Eastmond memecah masuk skuad utama pada musim 2009/2010 dan seketika menarik perhatian peminat Arsenal. Namun entah macam mana Eastmond tenggelam pada musim 2010/2011 dan 2011/2012. Kecederaan serius yang dialaminya merupakan faktor utama tetapi kehadiran Francis Coquelin telah menyaksikan Eastmond terus tenggelam.
Sejak dua musim lepas Eastmond telah dipinjamkan ke Millwall dan Wycombe. Tidak begitu menyerlah di Millwall, Eastmond memastikan tempoh pinjamannya ke Wycombe musim lepas berjaya. Namun Eastmond jelas masih gagal menewaskan Coquelin walaupun diberikan beberapa peluang untuk menyinar semasa perlawanan di Jelajah Asia Arsenal.
Eastmond sudah semestinya dijangka akan menjadi tonggak utama skuad U-21 Arsenal. Namun satu lagi tempoh pinjaman mungkin akan menjadi pilihan Eastmond pada musim sejuk nanti jika beliau gagal sekali lagi memecah masuk ke dalam pasukan utama.
Nico Yennaris mungkin menghabiskan banyak masanya bersama skuad utama sebagai back up bek kanan Arsenal. Namun Yennaris sebenarnya seorang pemain tengah. Yennaris yang merupakan kapten pasukan U-19 Arsenal diletakkan di posisi tengah bersama skuad U-21 dan U-19 Arsenal musim ini memandangkan Hector Bellerin menjadi pilihan utama Terry Burton di posisi bek kanan.
Sering menampilkan aksi yang mendapat pujian peminat setiap kali dipanggil beraksi untuk skuad utama, Yennaris mungkin akan memainkan peranan yang lebih penting untuk skuad utama musim ini sebagai back up Bacary Sagna dan Carl Jenkinson. Yennaris yang baru menandatangani kontrak lanjutan jangka masa panjang bersama Arsenal dilihat akan menjadi bek kanan masa depan Arsenal.
Conor Henderson hampir-hampir memecah masuk skuad utama pada musim lepas. Namun kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) yang di alaminya semasa perlawanan persahabatan skuad utama menentang FC Cologne telah menyaksikan Henderson diketepikan selama 8 bulan dan hanya beraksi dalam 1 perlawanan sahaja bersama skuad simpanan.
Henderson yang telah pun membuat debutnya bersama skuad utama pada musim 2010/2011 di perlawanan Piala FA menentang Leyton Orient pada Mac 2011. Beraksi penuh selama 90 minit telah menunjukkan kepercayaan Arsene Wenger terhadap Henderson. Wenger telah memberitahu Henderson akan menjadi pemain skuad utama dan ini sudah semestinya akan menyaksikan Henderson akan kembali mendapatkan perhatian Wenger.
Musim ini akan menjadi musim pertama Henderson kembali daripada kecederaan serius. Selepas mempunyai pra musim yang baik dengan pasukan simpanan dan turut cemerlang setakat ini dengan skuad U-21 Arsenal dan juga skuad Republik Ireland U-21, Wenger telah melepaskan Henderson secara pinjaman sehingga Disember ke Coventry City.
Thomas Eisfeld merupakan pembelian musim sejuk 2012 Arsene Wenger. Bekas pemain akademi Borussia Dortmund ini mengakui pemain Arsenal, Tomas Rosicky merupakan idolanya. Dibawa masuk Wenger pada musim sejuk walaupun pada mulanya Wenger mahu menunggu sehingga musim panas telah memberikan masa kepada Eisfeld untuk membiasakan diri dengan suasana di London.
Hanya beraksi 3 perlawanan dan menjaringkan satu gol untuk skuad simpanan musim lepas selepas musimnya diganggu dengan masalah kecederaan, Eisfeld telah mengambil peluang dipanggil pada minit-minit akhir untuk ke jelajah Asia Arsenal selepas kecederaan Henri Lansbury telah menyaksikan Eisfeld menarik perhatian peminat Arsenal dengan 2 gol yang dijaringkannya menentang Malaysia XI dan Kitchee FC.
Sama ada Wenger akan memberikan peluang bersama skuad utama ataupun tidak kepada Eisfeld musim ini akan terus menjadi persoalan. Namun apa yang pasti Eisfeld pastinya akan menarik perhatian peminat selepas pra musim yang bagus daripadanya walaupun hanya masuk 10 ke 20 minit baki perlawanan sepanjang pra-musim di Asia dan masih mampu menjaringkan 2 gol. Iaitu gol penyamaan untuk Arsenal.
Jon Toral merupakan bekas pemain akademi Barcelona yang berjaya disambar Arsenal sebelum memberikan kontrak professional kepadanya pada bulan Februari yang lalu. Mempunyai musim debut yang cemerlang bersama skuad U-18 musim lepas hanya untuk menyaksikan beliau diketepikan akibat kecederaan pada bulan Januari. Toral yang turut berjaya memecah masuk skuad simpanan musim lepas telah menjaringkan 3 gol dalam 10 perlawanannya bersama skuad U-18.
Toral diberikan tugas sebagai kapten pasukan U-18 musim ini dan telah pun menjaringkan 3 gol dalam 3 perlawanan U-18 setakat ini. Toral yang diharap mampu menjadi Cesc Fabregas Arsenal yang baru turut menjadi tonggak penting skuad U-19 di NextGen Series. Sama ada Wenger akan memanggil Jon Toral menyertai skuad utama dalam beberapa perlawanan Piala musim ini akan menjadi tanda tanya. Namun peminat pastinya tidak sabar melihat potensi sebenar Toral.
Serge Gnarby merupakan pemain muda berusia 17 tahun kelahiran Jerman yang dibawa Wenger ke kem latihan pra musim Arsenal di Jerman. Selepas menandatangani kontrak professional pada penghujung bulan Julai yang lalu, Gnarby telah diberikan 23 minit aksi perlawanan menentang FC Koln. Gnarby turut dinamakan di dalam skuad Champions League Arsenal dengan ini menunjukkan kepercayaan Wenger terhadapnya.
Gnarby yang menyertai Arsenal daripada VFB Stuggart pada musim panas 2011 dijangka akan memainkan peranan bersama skuad U-19 dan U-21 Arsenal. Sama ada Gnarby akan membuat debutnya bersama skuad utama dilihat tidak mustahil terutama sekali namanya berada di dalam pasukan Champions League Arsenal. Tidak menghairankan jika Wenger akan menurunkannya di saingan Champions League apabila Wenger membuat keputusan untuk merehatkan pemain utamanya. Wenger sendiri turut mengakui Gnarby mempunyai kualiti seperti Alex Oxlade-Chamberlain dan Theo Walcott.
Kristoffer Olsson merupakan pemain berusia 17 tahun kelahiran Sweden menyertai Arsenal dari IFK Norrkopings pada tahun lepas selepas menyinar dalam percubaan bersama Arsenal. Selepas cemerlang bersama Arsenal, Olsson mengalami kecederaan yang menamatkan musimnya lebih awal. Selepas menandatangani kontrak professional pada musim panas 2012, Olsson telah menyinar bersama skuad Arsenal yang menjulang Markus Liebherr Memorial Cup.
Olsson dijangka menjadi tonggak utama skuad U-19 Arsenal sambil turut memainkan peranan bersama-sama skuad U-21 Arsenal. Olsson juga dijangka akan turut terlibat dengan skuad utama Arsenal selepas dilihat telah menarik perhatian Wenger.
Kyle Ebecilio merupakan pemain berusia 18 tahun Belanda yang menyertai Arsenal daripada Feyenoord pada 2010. Menandatangani kontrak professional bersama Arsenal musim lepas telah memenangi anugerah Golden Player pada U-17 EURO. Sepanjang musim lepas Ebecilio merupakan tonggak penting U-18 yang menamatkan musim di tangga ke-3 liga dan turut menjaringkan 4 gol dalam 9 penampilannya bersama skuad utama.
Jika Ebecilio mampu meneruskan kemajuannya Arsenal akan mempunyai Alex Song ataupun Patrick Viera yang baru. Ebecilio dijangka memainkan peranan penting dengan skuad U-19 Arsenal sambil memainkan peranan sampingan bersama skuad U-21 Arsenal.
Josh Rees memecah masuk skuad simpanan musim lepas dan penolong pengurus Arsenal, Steve Bould cukup mengenali kemampuan pemain ini. Selepas menjaringkan sejumlah 6 gol bersama skuad U-18, Rees telah mengetuk pintu skuad simpanan dan berjaya menjaringkan gol 1 gol bersama-sama skuad simpanan. Pemain berusia 19 tahun ini bukan sahaja beraksi di posisi pemain tengah namun turut mampu bermain di posisi bek kanan serta sayap kanan.
Chuks Aneke telah menjadi bahan bualan peminat selepas menyerlah sepanjang jelajah Asia Arsenal. Menjaringkan gol kemenangan Arsenal menentang Malaysia XI, Aneke telah mengkagumkan peminat dengan corak permainannya dan hantaran-hantarannya. Aneke yang kini telah dipinjamkan ke Crewe Alexandra selama sebulan pastinya berharap dapat menyertai skuad utama Arsenal dalam saingan Piala sepanjang musim ini jika beliau kembali daripada tempoh pinjamannya.
Pemain berusia 17 tahun kelahiran England, Jack Jebb dijangka menjadi perkara seterusnya daripada akademi Arsenal. Baru sahaja menyambut hari jadinya yang ke-17, Arsenal pantas menawarkan Jebb kontrak professional. Turut bermain untuk skuad U-17 England, Jebb cukup berbahaya dengan set piece. Jebb buat masa ini akan memainkan peranan penting untuk skuad U-18 Arsenal disamping membantu skuad U-19 Arsenal.
Jernade Meade merupakan pemain berusia 20 tahun yang boleh beraksi sebagai bek kiri dan juga pemain sayap kiri. Pernah diletakkan di bangku simpanan dalam perlawanan Piala Carling menentang Bolton. Dibawah bimbingan Terry Burton, Meade memainkan peranan sebagai bek kiri dan juga sayap kiri untuk skuad U-21 Arsenal.
Jordan Wynter merupakan pemain tengah bertahan yang turut pernah beraksi di posisi bek kanan. Masih segar dengan kontrak professional yang diberikan Arsenal, pemain berusia 18 tahun ini akan beraksi dengan skuad U-19 dan U-21 Arsenal.
Anthony Jeffrey merupakan pemain berusia 18 tahun yang masih belum menerima kontrak professional daripada Arsenal. Jeffrey merupakan pemain sayap dengan posisi sayap kiri sering menjadi posisinya. Jeffrey sudah semestinya akan terlibat dengan skuad U-19 dan U-21 Arsenal.
Alfred Mugabo merupakan pemain versatil berusia 17 tahun yang boleh beraksi sebagai pemain bek, pertahanan tengah ataupun sebagai pemain tengah. Pernah mewakili skuad Rwanda U-17 di Piala Dunia U-17 sewaktu berusia 15 tahun, Mugabo mungkin akan ditawarkan kontrak professional sebaik beliau genap berusia 17 tahun bulan Oktober ini. Mugabo akan terlibat dengan skuad U-18 dan U-19 Arsenal.
Glen Kamara bakal berusia 17 tahun pada penghujung bulan Oktober dan pemain kelahiran Finland ini menyertai Arsenal selepas menyerlah dalam perlawanan persahabatan menentang Arsenal sewaktu mewakili Southend. Kamara gemar bermain sebagai pemain tengah yang memulakan gerakan daripada bawah.
Samuel Galindo merupakan pemain berusia 20 tahun yang dibeli Arsenal 2 tahun lalu. Pemain kelahiran Bolivia ini telah dilepaskan secara pinjaman ke Sepanyol ke Salamanca, Gimnastic de Tarragona dan musim ini Deportivo Lugo. Tidak banyak yang dapat diketahu tentang Galindo.
Itulah senarai pemain tengah daripada akademi Arsenal. Kita akan teruskan dengan penyerang akademi Arsenal dalam artikel seterusnya. Adios.
0 comments:
Post a Comment