Team News : Arsenal vs Southampton
Minggu antarabangsa sering memberikan kerisauan kepada peminat Arsenal mengenai tahap kecergasan pemain. Buat masa ini 3 pemain yang dipanggil skuad kebangsaan masing-masing disahkan Wenger dalam keraguan untuk beraksi menentang Southampton. Abou Diaby yang mengalami kecederaan otot masih dalam keraguan. Dengan Wenger tidak pasti sama ada mahu mengambil risiko ataupun tidak dengan Diaby yang dilihat mula menunjukkan sebab mengapa beliau dianggap sebagai Patrick Viera yang baru.Theo Walcott pula tidak sihat. Pasukan perubatan Arsenal masih belum dapat lagi memeriksa Walcott dengan Walcott dijangka akan kembali hari ini. Pasukan perubatan Arsenal akan memerhatikan Walcott sama ada beliau telah pulih sepenuhnya ataupun tidak. Lukasz Fabianski pula disahkan mengalami kecederaan bahu. Walaupun dipanggil skuad kebangsaan Poland, jelas Fabianski masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan bahu yang dialaminya sebelum EURO 2012 lagi.
Wojciech Szczesny pula disahkan Wenger bersedia untuk mengambil kembali posisi nombor 1nya selepas prestasi baik yang ditunjukkan penjaga gol pilihan ketiga, Vito Mannone. Szczesny yang mengalami kecederaan tulang rusuk selepas perlawanan pembukaan musim dijangka akan memulakan perlawanan menentang Southampton selepas sah cergas dan pulih sepenuhnya daripada kecederaan tersebut.
Sementara itu Wenger turut mengesahkan Emmanuel Frimpong akan kembali menjalani latihan penuh bersama-sama pasukan minggu depan. Bacary Sagna pula dalam tempoh 2 minggu lagi sementara Tomas Rosicky pula dalam tempoh 2-3 minggu lagi. Jack Wilshere pula diberitahu Wenger sebagai 'short-term'. Nampaknya keempat-empat pemain ini akan kembali bersedia untuk beraksi seawal-awalnya bulan depan. Adios.
0 comments:
Post a Comment