17 September 2012

Team news : Montpellier vs Arsenal

Wojciech Szczesny yang agak teruk dikritik selepas melepaskan gol pertama Arsenal musim ini selepas gagal menangkap kemas bola telah disahkan Arsene Wenger tidak akan terbang ke Perancis selepas mengalami kecederaan buku lali sebelum perlawanan menentang Southampton lagi. Wenger menegaskan kecederaan Szczesny bukanlah punca gol yang dijaringkan Southampton.

Kecederaan Szczesny menyaksikan Wenger terpaksa memanggil penjaga gol skuad U-21 Arsenal yang berada di prestasi terbaiknya dengan skuad U-21 sebagai back up Vito Mannone yang dilihat akan terus menekan Szczesny. Shea yang merupakan pilihan ke-5 dipanggil selepas Lukasz Fabianski masih gagal pulih daripada kecederaan sementara Damian Martinez pula tidak boleh beraksi di Champions League.

Abou Diaby yang tidak berada di dalam pasukan semasa menentang Southampton selepas Wenger membuat keputusan tidak mengambil risiko dengannya, berada di dalam pasukan ke Perancis untuk perlawanan Champions League menentang Montpellier dengan ini menyaksikan Andrei Arshavin ditinggalkan Wenger di London. Berikut ialah senarai penuh pemain yang ke Perancis.

Goalkeeper : Vito Mannone & James Shea

Defender : Carl Jenkinson, Per Mertesacker, Thomas Vermaelen, Laurent Koscielny, Kieran Gibbs & Andre Santos

Midfielder : Mikel Arteta, Abou Diaby, Santi Cazorla, Francis Coquelin & Aaron Ramsey

Striker/Winger : Olivier Giroud, Lukas Podolski, Gervinho, Alex Oxlade-Chamberlain & Theo Walcott

1 comments:

Muhammad Raimi said...

kasi monang bosa t yoo........

18.9.12

Post a Comment