30 September 2012

Post Match : Arsenal tumbang di Emirates

Riak muka Arsene Wenger menceritakan segalanya. Kekalahan pertama Arsenal musim ini dalam semua kojahanan adalah di Emirates Stadium dan lebih melukakan kepada musuh London, Chelsea yang berbelanja besar sepanjang musim ini. Apa yang mahu dipersalahkan? Taktik Wenger? Tuah ataupun pengadil? Sejujurnya Arsenal memang layak dengan kekalahan ini selepas menampilkan persembahan terburuk setakat musim ini.

Chelsea jelas merbahaya dengan Eden Hazard, Oscar, Juan Mata dan Fernando Torres bergandingan untuk menghuru-harakan bahagian pertahanan Arsenal. Namun gol lemah yang dilepaskan Arsenal dalam set piece jelas mengecewakan. Torres bijak menewaskan Laurent Koscielny yang mencuba sedaya upayanya untuk merantai penyerang antarabangsa Sepanyol itu.

Adakah ianya kesalahan Koscielny? Tidak! Ianya merupakan penyudah yang baik daripada Torres namun yang menghairankan Atikah adalah hakikat tiada seorang pun pemain Arsenal yang cuba mencabar bola tersebut dan Vito Mannone pula gagal untuk melakukan apa-apa. Adakah ianya salah Mannone? Ianya merupakan penyudah yang cantik daripada Torres namun Arsenal patut bertahan lebih baik. Itulah yang sebenarnya.

Gervinho menyamakan kedudukan untuk Arsenal 2 minit sebelum separuh masa pertama tamat selepas hantaran cantik daripada Alex Oxlade-Chamberlain. Gervinho menyudahkannya dengan cukup baik untuk menewaskan Petr Cech. Segala nampaknya akan menjadi baik selepas rehat separuh masa pertama kedudukan terikat 1-1.

Namun Arsenal cukup mengecewakan di separuh masa kedua. Thomas Vermaelen jelas berada di luar posisinya sehingga beliau terpaksa menjatuhkan Torres untuk free kick kepada Chelsea. Dan sekali lagi tiada siapa cuba mencabar bola tersebut dan Koscielny bernasib malang apabila cubaannya untuk mengelakkan bola tersebut menerjah jaring ataupun di ambil pemain Chelsea berakhir dengan beliau menjaringkan gol sendiri.

Vito Mannone sepanjang perlawanan hampir langsung tidak menyelamatkan sebarang percubaan namun sejujurnya Mannone perlu melakukan lebih baik untuk gol kedua Chelsea. Mannone lewat memberikan reaksinya dan kesudahannya beliau tewas. Satu lagi gol yang tidak sepatutnya dilepaskan Arsenal.

Arsenal terus menerus buntu apabila cuba mahu memasuki kawasan penalti Chelsea. Apabila mereka berjaya sama ada Cech mengecewakan Arsenal ataupun ketumpulan jentera serangan. keputusan Wenger untuk mengeluarkan Lukas Podolski semakin tidak membantu sementara Gervinho seperti selalu mula dribble tidak tentu hala walaupun boleh sahaja crossing bola tersebut ataupun pass kepada rakan sepasukannya.

Adakah kecederaan yang melanda Abou Diaby hanya selepas 15 minit perlawanan menganggu taktik perlawanan? Walau apa pun sebabnya siapa sahaja anda mahu salahkan hakikatnya Arsenal tidak cukup bagus pada perlawanan ini. Para pemain mengecewakan dan hampir kesemua pemain sering memberikan bola mudah kepada pemain Chelsea dan juga gagal mengekang Hazard, Oscar dan Mata.

Membenarkan free kick mudah kepada Chelsea lagi tidak membantu dan hakikat kita melepaskan 2 gol melalui set piece jelas memperlihatkan bahagian pertahanan kembali rapuh, bahagian tengah dilihat gagal mengilhamkan sesuatu sementara jentera serangan Arsenal memang cukup tumpul. Siapa pemain terbaik perlawanan?

Bagi Atikah ianya di antara Mikel Arteta ataupun Kieran Gibbs. Atikah minta maaf kalau anda tidak setuju dengan Atikah. Atikah hanya meluahkan pandangan Atikah. Atikah memang cukup kecewa dengan keputusan ini tetapi sejujurnya Atikah lebih kecewa dengan persembahan keseluruhan pasukan. Arsenal perlu bangkit kembali dan paling penting belajar sesuatu daripada perlawanan ini.

Jadual Arsenal pada bulan Oktober dilihat cukup senang kecuali untuk perlawanan Champions League di mana kita akan menerima kunjungan Olympiacos dan juga Schalke 04. Hakikat Bacary Sagna, Emmanuel Frimpong dan Jack Wilshere mungkin akan kembali terlibat dengan pasukan pada bulan Oktober patut memberikan Arsenal lebih rangsangan untuk berjaya.

Musim masih lagi awal. Persaingan kejuaraan liga masih belum berakhir lagi. Segala-galanya tidak mustahil. Olivier Giroud dan Lukas Podolski masing-masing masih lagi menyesuaikan diri dengan pasukan dan Arsenal kini hanya perlu konsisten di setiap bahagian. Musim ini Arsenal mempunyai pasukan yang cukup lengkap dengan pemain yang mengalami kecederaan serius mula kembali.

Jangan juga dilupakan Per Mertesacker, Laurent Koscielny dan Thomas Vermaelen akan bersaing sengit untuk beraksi di setiap perlawanan dan tidak lama lagi di bahagian tengah juga menyaksikan Wilshere mula cuba kembali memenangi tempatnya. Arsenal mempunyai segala kualiti untuk berjaya. Namun peningkatan masih diperlukan terutama sekali apabila berada di dalam kotak penalti lawan. Adios.

0 comments:

Post a Comment