Pre Match : Arsenal vs Coventry City
Arsenal akan memulakan perlawanan pertama Capital One Cup yang dulunya dikenali sebagai Piala Carling menentang Coventry City dari nPower League One iaitu divisyen ketiga bola sepak England. Seperti kebiasaannya Arsene Wenger dijangka akan memberikan kepercayaan kepada beberapa pemain muda dan menurunkan pemain yang tidak banyak beraksi untuk pasukan utama untuk perlawanan ini.Dengan Vito Mannone merupakan satu-satunya penjaga gol Arsenal yang cukup cergas, Wenger dijangka akan memberikan debut kepada salah seorang daripada penjaga gol akademi Arsenal. Penjaga gol dari Argentina, Damien Martinez dilihat akan menjadi pilihan Wenger selepas dilihat sering dipanggil Wenger sejak akhir-akhir ini. Penjaga gol berusia 20 tahun ini telah berada di bangku simpanan pasukan utama Arsenal sebagai back up Mannone musim ini di saingan liga.
Penjaga gol muda England berusia 21 tahun, James Shea turut mungkin diberikan debut oleh Wenger. Namun Shea dilihat berada di belakang Martinez sepanjang musim ini dengan beliau hanya dipanggil Wenger pada perlawanan Champions League selepas Martinez tidak layak untuk beraksi. Shea mempunyai musim yang baik setakat ini bersama skuad simpanan dan turut mempunyai pengalaman dipanggil skuad utama sejak musim 2010/2011 lagi.
Sesiapa pun pilihan Arsene Wenger untuk menjaga gawang Arsenal yang telah bocor dalam 3 perlawanan berturut-turut selepas kebal dalam 3 perlawanan pastinya mahu membuktikan kemampuan mereka dan memastikan mereka akan menjadi pilihan utama untuk dipanggil Wenger setiap kali berlakunya kecederaan di kalangan penjaga gol skuad utama.
Nico Yennaris dijangka akan mengisi posisi bek kanan Arsenal dengan Carl Jenkinson yang telah mendapat pujian ramai peminat hasil persembahannya sepanjang musim bermula dilihat akan direhatkan dengan perlawanan menentang musuh setempat, Chelsea menunggu hujung minggu ini. Yennaris yang merupakan kapten U-19 Arsenal dilihat akan membuat 'double' tersendirinya apabila 12 tahun dulu beliau merupakan mascot Arsenal semasa menentang Coventry dan kini dilihat akan menentang Coventry.
Johan Djourou dan Sebastien Squillaci pula dijangka bergandingan di bahagian tengah pertahanan Arsenal menentang Coventry dengan 3 pemain pertahanan utama, Thomas Vermaelen, Per Mertesacker dan Laurent Koscielny dilihat akan direhatkan. Namun ada sedikit kemungkinan Koscielny akan beraksi namun Atikah bagaimanapun meraguinya. Djourou dijangka akan mengetuai pasukan pada perlawanan ini.
Andre Santos pula dilihat akan mengisi posisi bek kiri Arsenal pada perlawanan menentang Coventry. Selepas hanya membuat satu kemunculan sebagai pemain gantian, Santos dilihat berada di belakang Kieran Gibbs sebagai pilihan utama Wenger di bek kiri. Peminat pastinya lebih daripada gembira untuk menyaksikan kelibat pemain nombor 11 ini semula di posisi bek kiri datang menyerang dari sebelah kanan gawang Coventry memberikan ancaman.
Posisi bahagian tengah pula dilihat akan menyaksikan Wenger merehatkan Mikel Arteta, Santi Cazorla dan Abou Diaby dan mungkin juga Aaron Ramsey. Ini mungkin akan menyaksikan Alex Oxlade-Chamberlain dan Francis Coquelin beraksi di bahagia tengah. Mungkin juga ada kemungkinan seorang pemain akademi akan menyertai mereka di bahagian tengah. Dengan Atikah menjangkakan Serge Gnarby ataupun Kristoffer Olsson diberikan debut. Atau mungkin juga kembalinya Craig Eastmond. Atau mungkin Thomas Eisfeld akan diturunkan Wenger?
Theo Walcott yang sejak akhir-akhir ini diletakkan dibangku simpanan dijangka akan memulakan perlawanan di posisi sayap kanan untuk perlawanan menentang Coventry. Andrey Arshavin pula dijangka kembali menyertai pasukan utama selepas diketepikan untuk mengambil posisi sayap kiri. Di bahagian serangan pula mungkin akan menyaksikan kepulangan semula Marouane Chamakh ataupun Wenger mungkin akan menurunkan Olivier Giroud. Berikut ialah kemungkinan kesebelasan utama Arsenal menentang Coventry.
0 comments:
Post a Comment