21 September 2012

Team News : Man. City vs Arsenal

Arsene Wenger telah mengesahkan yang Wojciech Szczesny akan terlepas perlawanan menentang Manchester City hujung minggu ini dan kecederaan buku lali yang dialaminya akan mengambil masa sehingga 2-3 minggu sebelum Szczesny kembali beraksi bersama pasukan. Ini akan menyaksikan Vito Mannone akan ditugaskan digawang gol Arsenal sekali lagi dengan dua penjaga gol muda, Damian Martinez dan James Shea akan bersaing untuk tempat di bangku simpanan.

Jack Wilshere yang akhirnya menjalani latihan penuh bersama pasukan telah disahkan Wenger tidak akan bermain bersama skuad utama dalam masa terdekat ini selepas Wenger mahu Wilshere berlatih selama 10 hari terlebih dahulu sebelum beraksi bersama skuad U-21 Arsenal. Ini bakal menyaksikan Wilshere hanya akan beraksi pada bulan Oktober nanti dengan West Brom ataupun Reading bakal menanti Wilshere bersama skuad U-21 Arsenal.

Dengan Wenger telah menegaskan Wilshere perlukan beberapa perlawanan bersama skuad U-21 Arsenal, ini akan menyaksikan Wilshere mungkin hanya akan kembali beraksi bersama skuad utama Arsenal pada penghujung bulan Oktober. Atikah pasti peminat Arsenal walaupun tidak sabar dengan kepulangan Wilshere bersama skuad utama pastinya tidak mahu Wilshere kembali terlalu cepat untuk mengelakkan kecederaannya berulang kembali.

Namun berita baik daripada Emmanuel Frimpong apabila Wenger mengesahkan yang Frimpong mungkin akan turun beraksi bersama skuad U-21 Arsenal pada perlawanan awal pagi nanti menentang West Ham. Ini juga bakal menyaksikan Frimpong akan kembali bersama skuad utama lebih awal berbanding Wilshere dengan perlawanan Piala Capital One menunggu pertengahan minggu depan, tidak mustahil untuk menyaksikan kelibat Frimpong semula bersama skuad utama.

Wenger turut mengesahkan yang Bacary Sagna hanya lagi seminggu daripada kembali menjalani latihan penuh sementara Tomas Rosicky pula lagi seminggu daripada menjalani latihan penuh bersama-sama pasukan. Ini bakal menyaksikan Arsenal mempunyai pasukan serba lengkap menjelang Oktober.

Arsene Wenger turut melontarkan cabaran kepada Vito Mannone untuk membuktikan keupayaannya sebagai penjaga gol pilihan nombor 1 Arsenal selepas kecederaan yang dihadapi Szczesny dan Lukasz Fabianski. Mannone yang sebelum ini telah meluahkan keyakinannya mampu menjadi penjaga gol pilihan no. 1 Arsenal selepas 2 tempoh pinjaman yang cemerlang di Hull City sejak 2 musim lepas pastinya mahu mengambil peluang ketiadaan kedua-dua penjaga gol antarabangsa Poland untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pilihan utama Wenger di gawang gol. Adios

0 comments:

Post a Comment