Pre Match : Arsenal Ladies vs Doncaster Rovers Belles
'We want to win the league this week. We want to do it at home – we’ve said that all along and this is our last chance to do that.' Itulah yang diperkatakan oleh pengurus Arsenal Ladies, Laura Harvey. Perlawanan pada pukul 4.30 petang waktu London akan menjadi waktu perlawanan yang agak janggal untuk pasukan Arsenal Ladies namun mereka terpaksa bermain pada waktu tersebut memandangkan ESPN UK mahu menyiarkan perlawanan di mana Arsenal Ladies patut menjulang Piala FA WSL kedua mereka.Musim lepas yang juga musim sulung FA WSL, pada perlawanan kedua terakhir musim Arsenal Ladies perlu mencatatkan kemenangan ke atas musuh ketat mereka, Everton Ladies untuk mendahului liga dengan kelebihan 1 mata buat pertama kalinya sepanjang musim tersebut. Gol Kim Little memastikan ianya berlaku dan seterusnya berkecailah harapan Birmingham City yang muncul satu-satunya pasukan sepanjang musim lepas berjaya menewaskan Arsenal untuk memenangi liga.
Perlawanan terakhir musim lepas telah berlangsung di Liverpool. Di mana Arsenal Ladies mencatatkan kemenangan selesa 3-1 untuk menjulang Piala FA WSL. Walaupun para pemain bergembira atas kejayaan tersebut, kejayaan mereka sedikit dicemari dengan hakikat mereka memenangi liga di gelanggang lawan berbanding di stadium keramat mereka Boreham Wood.
'Last year we won it away at Liverpool and that was a bit hard because we weren't at home to celebrate with our families and fans. If we do win the League on Sunday it will be in front of our fans who have been supportive all season and travelled all over the world to watch us.' Itulah kenyataan daripada pemain pertahanan berusia 21 tahun Arsenal Ladies, Gilly Flaherty yang hampir memasuki tahun ke-10nya di Arsenal Ladies.
Musim lepas telah menyaksikan 3 kapten pasukan diketuai oleh Faye White (kanan), Jayne Ludlow (kiri ) dan Katie Chapman menjulang piala FA WSL bersama-sama selepas ketiga-tiga mereka menjalankan tugas yang penting sepanjang musim mengetuai pasukan. Namun musim ini bakal menyaksikan tiadanya kelibat kapten pasukan, Faye White.
Sama ada Faye White akan tetap turun padang menyaksikan rakan-rakan sepasukannya akan terus menjadi tanda tanya tetapi Atikah pasti para pemain Arsenal Ladies akan menghadiahkan kejayaan tersebut kepada kapten pasukan mereka ini yang kini sedang sarat mengandung. Namun sudah semestinya ianya akan menjadi pemandangan yang agak menyedihkan tanpa kelibat Faye. Namun mengetahui tentang Arsenal Ladies tiada yang mustahil.
Musim lepas telah menyaksikan Faye memanggil Jayne dan Katie untuk menjulang piala FA WSL bersama-samanya jadi tidak mengejutkan jika Jayne dan Katie kali ini memanggil Faye untuk menjulang piala FA WSL bersama-sama mereka jika Faye berada di stadium.
Musim lepas turut menyaksikan para pemain Arsenal Ladies diberikan layanan VIP oleh Arsenal FC apabila dipanggil memasuki padang pada rehat separuh masa perlawanan Arsenal menentang Swansea City untuk membawa Piala FA dan Piala FA WSL mereka mengelilingi stadium Emirates hanya beberapa hari sebelum mereka melengkapkan kejayaan treble mereka.
Adakah Arsenal akan meneruskan tradisi tersebut? Besar kemungkinan ianya adalah ya. Kerana Arsenal FC telah disanjungi bola sepak wanita di England atas hakikat mereka membenarkan para pemain Arsenal Ladies menggunakan London Colney untuk berlatih dan juga beraksi di stadium Emirates. Namun lupakan semua itu.
Arsenal Ladies mengetahui mereka bukan sahaja perlu tetapi mahu mencatatkan kemenangan malam ini. Bristol Academy akan menjadi pencabar untuk Birmingham malam ini yang mahu mengutip 3 mata penuh untuk mengelakkan Arsenal Ladies sah memenangi liga walaupun sebelum mereka menendang bola untuk perlawanan terakhir musim mereka di Boreham Wood malam ini. Good luck girls!
0 comments:
Post a Comment