01 October 2012

Arsenal Ladies juara FA WSL lagi

Arsenal Ladies melengkapkan trofi ke-37 mereka dalam hanya tempoh 25 tahun penubuhan mereka dengan kejayaan menjulang piala FA WSL. Ini merupakan kali kedua Arsenal Ladies menjulang trofi FA WSL dengan Arsenal Ladies masih belum tewas sepanjang musim ini dan mereka memenanginya dengan baki 1 perlawanan lagi.

Berita Birmingham City diikat 2-2 oleh Bristol telah mengesahkan kejuaraan liga Arsenal semasa para pemain sedang memanaskan badan. Pemain Arsenal Ladies dilihat bergembira dengan berita tersebut dengan pengurus pasukan Laura Harvey memberitahu jika beliau yang beritahu mereka, beliau akan katakan Birmingham menang untuk memastikan pemain lebih berkobar-kobar untuk mencatatkan kemenangan.

BRYNE
SCOTT-----GRANT-----FLAHERTY-----BEATTIE
NOBBS-----CHAPMAN-----LITTLE
DAVISON-----WHITE-----CARTER


Laura Harvey sekali lagi merehatkan beberapa pemain dengan Steph Houghton diketepikan dan Jennifer Beattie mengisi posisi bek kiri selepas bermain selaku penyerang pada perlawanan menentang Barcelona. Danielle Carter pula masuk menggantikan Rachel Yankey daripada permulaan kesebelasan utama dengan Yankey dilihat mempunyai double duty, sebagai sub Arsenal Ladies dan juga jurugambar.
Namun Doncaster yang hampir mendahului perlawanan terlebih dahulu namun Emma Byrne tenang menyelamatkan percubaan pemain Doncaster. Minit ke-16 telah menyaksikan Arsenal mendahului selepas bola lintang Ellen White ditolak masuk oleh pemain Doncaster. Doncaster kemudiannya menyamakan kedudukan melalui percubaan jarak jauh cantik. Emma jelas kecewa atas kegagalannya menepis bola yang dirembat oleh rakan sepasukan kebangsaannya.

Sebelum tamat separuh masa pertama Doncaster sekali lagi memberikan pendahuluan kepada Arsenal selepas crossing Gemma Davison ditanduk masuk pemain Doncaster. Sebelum sejam perlawanan Laura Harvey memasukkan Houghton dengan Beattie dikeluarkan. Namun hanya 12 minit selepas itu Laura Harvey terpaksa membuat pertukaran.

Gilly Flaherty mengerang kesakitan sambil memegang bahunya. Flaherty akhirnya terpaksa dikeluarkan dengan Yvonne Tracy di bawa masuk. Flaherty kemudiannya dilihat berada di bangku simpanan dengan memakai anduh sambil masih lagi mengerang kesakitan dengan penolong jurulatih, Rehanne Skinner dilihat memeriksanya. Flaherty bagaimana pun bernasib baik ianya tidak terkehel.

Kelly Smith yang turut di bawa masuk dari bangku simpanan menggantikan Gemma Davison menjaringkan gol ketiga untuk Arsenal dan gol pertama daripada pemain Arsenal selepas hantaran cantik Kim Little berjaya disudahkan oleh Kelly dengan tenangnya. Namun 2 minit sebelum tamat masa sebenar perlawanan, kapten Doncaster merapatkan kedudukan selepas Emma gagal menangkap kemas percubaan Aine O'Gorman sebelum bola muntahnya disudahkan Leandra Little selepas tiada seorang pun pemain pertahanan yang cuba mendapatkan kembali bola muntah tersebut.

Arsenal kekal bertahan dan akhirnya tamat perlawanan Arsenal 3-2 Doncaster Rovers Belles dan para pemain mula melompat keriangan meraikan kejayaan mereka. Apabila Arsenal mahu dihadiahkan trofi FA WSL para pemain Doncaster telah berbaris menunggu pemain Arsenal keluar daripada terowong pemain dengan memberikan tepukan gemuruh.

Seperti yang dijangka Katie Chapman dan Jayne Ludlow bersama-sama menjulang trofi kejuaraan dengan Gilly Flaherty diberikan penghargaan untuk menjulang trofi FA WSL sambil dibantu Laura Harvey selepas dua kapten (penolong sebenarnya) pasukan menjulang trofi tersebut. Flaherty dilihat tidak begitu meraikan kejayaan ini dengan mungkin disebabkan kecederaan bahu yang mungkin menyaksikan beliau terlepas baki 3 perlawanan Arsenal termasuk final Continental Cup.

0 comments:

Post a Comment