13 October 2012

Review : Arsenal Ladies 2011/2012 season

Selepas kejayaan treble musim lalu Arsenal Ladies musim ini baru sahaja mengesahkan double mereka dan ini telah menyaksikan Arsenal Ladies menjulang 6 trofi sepanjang tempoh 2 tahun setengah Laura Harvey membimbing pasukan dengan sepanjang tempoh itu hanya 2 Piala FA, 3 Champions League dan 1 League Cup terlepas daripada gengaman skuad Arsenal Ladies.

Ladies memulakan musim mereka hanya selepas seminggu saingan domestik berakhir, Arsenal Ladies menempah tiket ke suku akhir Champions League selepas kemenangan 10-0 secara agregat kepada FC Bobruichanka dan 6-2 secara agregat ke atas Rayo Vallecano. Ladies kemudiannya terbang ke Jepun untuk lawatan amal sambil bermain dalam 3 perlawanan di Jepun yang masih segar dengan kejayaan pasukan bola sepak wanitanya memenangi Piala Dunia.

Seperti kebiasaannya akan ada beberapa pemain baru dibawa masuk pasukan dan musim ini telah menyaksikan kepulangan lagenda bola sepak England dan penyerang prolifik Arsenal Ladies, Kelly Smith dan juga hero Arsenal Ladies di final Champions League pada tahun 2007, Alex Scott yang pulang ke Arsenal selepas pembubaran liga professional di United States.

Alex yang sebenarnya dipinjamkan Boston Breakers ke Arsenal semasa jelajah amal mereka di Jepun mengakui bersama-sama Kelly telah menolak beberapa tawaran daripada pasukan lain untuk pulang ke pangkuan Arsenal selepas Vic Akers pantas membuat panggilan telefon kepada mereka sebaik berita liga WPS dibubarkan. Arsenal kemudiannya turut mengesahkan kepulangan pemain sayap, Gemma Davison.

Namun berita gembira kembalinya 3 bekas pemain Arsenal tidak mampu menutup hakikat yang Arsenal Ladies akan terlepas khidmat kapten pasukan, Faye White yang mengandung anak pertamanya serta Julie Fleeting yang menyambut anak keduanya. Kedua-dua pemain ini merupakan tonggak utama pasukan dan kehilangan mereka untuk keseluruhan musim sudah semestinya agak mengecewakan.

Arsenal Ladies memulakan musim dengan cukup baik walaupun hakikat Kelly Smith terpaksa diketepikan selama 3 bulan akibat kecederaan retak buku lali. Bulan Mac menyaksikan Arsenal beraksi dalam 5 perlawanan dengan 2 daripadanya adalah perlawanan Piala FA dan Champions League serta 1 perlawanan Piala Continental. Ladies telah mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Lincoln dan 2-1 ke atas Everton untuk mara ke peringkat separuh akhir Piala FA.

Kemenangan 3-1 di laman sendiri menentang Gothenburg sedikit sebanyak menjadi punca Arsenal Ladies mara ke separuh akhir Champions League walaupun tewas 1-0 di tempat lawan. Kemenangan 3-0 ke atas Liverpool dalam peringkat kumpulan Piala Continental telah memastikan Arsenal Ladies memulakan musim mereka dengan cukup baik sekali.

Bulan April telah menyaksikan 4 perlawanan dilalui Arsenal Ladies dengan 2 perlawanan liga FA WSL dan 2 perlawanan separuh akhir Champions League. Ladies berjaya mengutip 6 mata daripada 2 perlawanan liga termasuk kemenangan 3-1 ke atas musuh setempat Chelsea di gelanggang keramat Arsenal, Emirates Stadium sebelum tunduk 4-1 kepada pasukan Jerman, Frankfurt seterusnya meranapkan impian Arsenal Ladies untuk mara ke pentas final buat pertama kalinya sejak tahun 2007.

Disebalik kekecewaan mereka tumpas di separuh akhir Champions League, bulan April telah menyaksikan perlawanan Arsenal Ladies vs Chelsea Ladies mencipta rekod paling banyak kehadiran penonton dengan rekod tersebut masih kekal utuh bertahan.

Permulaan bulan Mei telah menyaksikan Arsenal Ladies dikejutkan dengan kekalahan 2-0 ke atas Chelsea Ladies di peringkat separuh akhir Piala FA. Ladies tidak mempunyai bulan Mei yang baik apabila turut tewas 4-3 di peringkat kumpulan Piala Continental Cup di tangan Lincoln sebelum hanya mampu seri 3-3 dengan pasukan yang sama di saingan liga.

Ladies walau bagaimana pun berjaya mencatatkan 2 kemenangan di saingan liga di bulan Mei yang cukup mengecewakan selepas mereka terpaksa beraksi di gelanggang lawan sepanjang bulan tersebut. Lebih menyukarkan lagi apabila pada bulan Mei penyerang mereka Ellen White turut bergelut dengan masalah kecederaan belakang sementara penjaga gol, Emma Byrne yang bergelut dengan masalah kecederaan akhirnya terpaksa diketepikan dalam 2 perlawanan selepas kecederaannya semakin serius.

Bulan Jun menyaksikan hanya 2 perlawanan perlu dilalui Arsenal Ladies. Mereka mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Chelsea di saingan Piala Continental untuk mengesahkan tempat mereka di separuh akhir sementara turut kekal unggul mendahului liga selepas membenam Birmingham City 4-2. Perlawanan tersebut turut menyaksikan Kelly Smith membuat debutnya dan Ellen White kembali beraksi seterusnya menyaksikan Arsenal Ladies mempunyai kesemua pemain kembali cergas.

Hanya 1 perlawanan di bulan Julai dengan Ladies mencatatkan kemenangan 4-2 ke atas Chelsea di saingan liga sebelum memberikan ruang kepada Olimpik. Seramai 6 pemain Arsenal Ladies telah dipilih mewakili Great Britain iaitu Steph Houghton, Ellen White, Kim Little, Kelly Smith, Alex Scott dan Rachel Yankey. Steph Houghton mempunyai saingan Olimpik yang paling cemerlang di mana Great Britain mara sehingga ke suku akhir.

Tamatnya Olimpik telah menyaksikan Arsenal Ladies kembali beraksi dengan perlawanan pertama adalah menentang musuh ketat Everton Ladies. Ladies hanya mampu seri 2-2 dan kemudiannya turut seri 1-1 dengan Bristol Academy dalam saingan FA WSL. Namun Ladies turut berjaya mencatatkan kemenangan 4-0 ke atas Doncaster seterusnya meneruskan aksi konsisten mereka di saingan liga.

Bulan September telah menyaksikan Arsenal Ladies mengesahkan tiket mereka ke pentas final Piala Continental selepas membenam Bristol 4-0. Kemenangan ke atas Lincoln dan Liverpool telah menyaksikan Arsenal Ladies di ambang memangi liga buat kali kedua. Perlawanan epik menentang Barcelona turut berlangsung pada bulan September dengan Ladies mengajar pasukan Barcelona cara untuk menjaringkan gol selepas menang 3-0.

Penghujung bulan September telah menyaksikan Arsenal Ladies mengesahkan kejuaraan liga mereka semasa memanaskan badan untuk perlawanan kedua terakhir musim mereka menentang Doncaster selepas Birmingham hanya mampu seri dengan Bristol. Ini telah menyaksikan Arsenal menjulang trofi FA WSL di gelanggang keramat mereka di Borehaam Wood dengan baki 1 perlawanan.

Masih segar dengan kejayaan tersebut, Ladies membelasah Barcelona 4-0 pada awal bulan Oktober untuk mara ke pusingan seterusnya Champions League dengan agregat 7-0 sebelum kemudiannya mengesahkan 'Invincible' mereka selepas menamatkan liga dengan rekod 10 kemenangan dan 4 seri serta tiada sebarang kekalahan selepas mengikat Birminghan 1-1.

Arsenal Ladies kemudiannya menamatkan musim mereka dengan kejayaan menjulang Piala Continental yang serba baru selepas menewaskan Birmingham City seterusnya memastikan kejuaraan berganda mereka serta satu lagi musim yang cukup produktif selepas bangkit daripada kekecewaan tewas di separuh akhir Piala FA.

Arsenal Ladies yang dibimbing Laura Harvey dan Rehanne Skinner kini akan fokus dengan musim baru yang akan bermula bulan November ini dengan tiket ke suku akhir menjadi pertaruhan apabila mereka menentang Postdam. Dengan Barcelona telah menjadi mangsa dengan kekalahan 7-0, Ladies kekal yakin mereka mampu menumpaskan Postdam seterusnya meneruskan misi mereka menamatkan kemarau trofi Eropah mereka sejak tahun 2007.

Penjaring terbanyak Arsenal Ladies untuk musim ini tanpa mengambil kira perlawanan menentang Barcelona memandangkan secara teknikalnya ianya termasuk untuk musim hadapan, tanpa sebarang kejutan ialah Kim Little dengan 19 gol di dalam semua kejohanan. 10 gol daripada Jordan Nobbs telah menyaksikan peningkatan mendadak pemain muda tersebut sementara 9 gol daripada senjata rahsia Laura Harvey, Jennifer Beattie melengkapkan top 3 penjaring terbanyak Arsenal Ladies musim ini.

Review setiap pemain akan dilakukan di post seterusnya. Tahniah Ladies and Adios!

0 comments:

Post a Comment