15 October 2012

Details tentang slot On The Spot

Sebelum Atikah mulakan slot baru di blog ini iaitu 'On The Spot With', Atikah mahu jelaskan secara lebih terperinci tentang perkara ini. Sesuatu yang tidak boleh dilakukan di Facebook. So Atikah akan cuba terangkan tentang slot ini dengan secara terperinci yang boleh dan juga bagaimana Atikah memilih setiap pemain untuk slot ini setiap bulan.

First slot ini adalah untuk membuatkan setiap pembaca blog Atikah Arsenal mengenali dengan lebih lanjut para pemain Arsenal baik daripada skuad utama, Arsenal Ladies, akademi ataupun barisan lagenda Arsenal. Atikah akan cuba memperkenalkan anda dengan lebih dekat para pemain yang beraksi untuk Arsenal FC.

Setiap bulan ada 4 minggu dan setiap minggu Atikah akan pilih salah seorang pemain yang memenuhi kriteria untuk 4 kategori yang disediakan. Minggu pertama adalah untuk para pemain skuad utama. Minggu kedua khas untuk para pemain Arsenal Ladies yang sering dipinggirkan walaupun secara hakikatnya mereka telah memenangi lebih banyak trofi daripada pasukan EPL yang lain. 

Minggu ketiga anda akan cuba mengenali pemain akademi Arsenal. Buat masa ini pemain seperti Ignasi Miquel dan Nico Yennaris tergolong dalam kategori tersebut memandangkan Arsene Wenger belum secara rasminya menaikkan pangkat mereka dengan skuad utama Arsenal. Minggu ketiga kita akan melihat para pemain lagenda Arsenal seperti Tony Adams dan Thierry Henry.

Robin Van Persie, Samir Nasri ataupun Cesc Fabregas tidak tergolong dalam kategori tersebut memandangkan tempoh mereka di Arsenal masih belum mencukupi untuk terdiri di kalangan lagenda Arsenal. Tetapi sudah semestinya akan terdapat perbahasan mengenai Van Persie dan Fabregas yang jelas merupakan antara pemain terbaik pernah menyarung jersi Arsenal. Tetapi tahap lagenda? Rasanya lebih ramai yang layak daripada mereka.

Atikah tidak akan memilih staf-staf Arsenal. So ini termasuk sekali Wenger sebagai pengurus skuad utama, Laura Harvey pengurus pasukan Ladies serta Terry Burton dan Pat Holland sebagai pengurus skuad akademi Arsenal. Atikah rasa Atikah dah terangkan segalanya. Di bawah ini Atikah akan terangkan lebih terperinci tentang setiap minggu tersebut. Terutama sekali senarai pemain yang layak.

Untuk minggu pertama anda akan menyaksikan salah seorang daripada pemain skuad utama Arsenal dipilih. Pemain tersebut ialah daripada senarai yang disediakan di Arsenal.com. Untuk musim 2012/2013 ataupun sekurang-kurangnya sehingga pintu perpindahan Januari dibuka, di bawah ini ialah senarai penuh nama pemain tersebut. Tidak termasuk pemain yang sekarang ini dipinjamkan. Di mana pemain tersebut tidak memetuhi kriteria yang Atikah sediakan. Dan juga untuk memendekkan sedikit senarai pemain yang perlu Atikah pilih.

GOALKEEPERS
WOJCIECH SZCZESNY
LUKASZ FABIANSKI
VITO MANNONE

DEFENDERS
BACARY SAGNA
PER MERTESACKER
THOMAS VERMAELEN
LAURENT KOSCIELNY
ANDRE SANTOS
SEBASTIEN SQUILLACI
JOHAN DJOUROU
CARL JENKINSON
KIERAN GIBBS

MIDFIELDERS
ABOU DIABY
TOMAS ROSICKY
MIKEL ARTETA
JACK WILSHERE
AARON RAMSEY
SANTI CAZORLA
FRANCIS COQUELIN
ANDREY ARSHAVIN
EMMANUEL FRIMPONG

STRIKER
LUKAS PODOLSKI
OLIVIER GIROUD
THEO WALCOTT
ALEX OXLADE-CHAMBERLAIN
GERVINHO
MAROUANE CHAMAKH

Minggu kedua ataupun Atikah lebih senang untuk memanggilnya Arsenal Ladies week, kita akan fokus akan salah seorang pemain Arsenal Ladies. Mungkin ramai yang tidak mengenali pemain-pemain pasukan Arsenal Ladies so di sini kita boleh mengenali mereka dengan lebih lanjut lagi. Berikut ialah senarai pemain yang layak.

GOALKEEPERS
EMMA BYRNE
SOPHIE HARRIS

DEFENDERS
YVONNE TRACY
GILLY FLAHERTY
FAYE WHITE
CIARA GRANT
JENNIFER BEATTIE
NIAMH FAHEY
ALEX SCOTT

MIDFIELDERS
STEPH HOUGHTON
JAYNE LUDLOW
JORDAN NOBBS
KIM LITTLE
KATIE CHAPMAN
BIANCA BRAGG

STRIKERS
ELLEN WHITE
RACHEL YANKEY
GEMMA DAVISON
DANIELLE CARTER
KELLY SMITH

Minggu ketiga akan difokuskan tentang salah seorang daripada pemain akademi yang secara amnya masih belum 'graduate' lagi di akademi Arsenal. Iaitu para pemain yang masih lagi mengetuk-getuk pintu skuad utama ataupun yang cuba untuk mengetuk pintu Arsene Wenger. Haha. Ini adalah senarainya termasuk pemain yang dipinjamkan kecuali pemain yang dipinjamkan kerana masih tiada permit kerja.


GOALKEEPERS
JAMES SHEA
DAMIEN MARTINEZ
REICE CHARLES-COOK
JOSH VICKERS

DEFENDERS
IGNASI MIQUEL
MARTIN ANGHA
HECTOR BELLERIN
SEAD HAJROVIC
DANIEL BOATENG
ISAAC HAYDEN
SAMIR BIHMOUTINE
ELTON MONTEIRO
ZACHARI FAGAN
ARINSE UADE
TOM DALLISON
LEANDER SIEMANN
BRANDON ORMANDE-OTTEWILL

MIDFIELDERS
NICO YENNARIS
THOMAS EISFELD
KRISTOFFER OLSSON
JON TORAL
SERGE GNARBY
CONOR HENDERSON
CHUKS ANEKE
CRAIG EASTMOND
KYLE EBECILLIO
JORDAN WYNTER
JOSH REES
JERNADE MEADE
JACK JEBB
ANTHONY JEFFREY
ALFRED MUGABO
GLEN KAMARA

STRIKERS
BENIK AFOBE
PHILIP ROBERTS
SANCHEZ WATT
NIGEL NEITA
ZAK ANSAH
AUSTIN LIPMAN
CHUBA AKPOM
TARUM DAWKINS
ALEX IWOBI

Okey untuk kategori pemain lagenda Arsenal agak sukar untuk Atikah senaraikan. Namun fikirkan bekas pemain-pemain Arsenal seperti Tony Adams, Thierry Henry, Dennis Bergkamp, Marc Overmars, Emmanuel Petit, David Seaman, Jens Lehmann, Patrick Viera, Alan Smith, Freddie Ljungberg malahan penolong jurulatih Arsenal sekarang ini Steve Bould ataupun bekas penolong jurulatih Arsenal, Pat Rice.

Janganlah pilih bekas pemain Arsenal yang blah. Kerana kalau macam tu memang ramailah jawabnya. Pilih siapa yang betul-betul berhak dipanggil lagenda Arsenal, hero Arsenal kerana menjulang piala dengan Arsenal ataupun kerana personalitinya sepanjang mewakili Arsenal.

Atikah rasa Atikah dah terangkan segalanya. Atikah akan postkan di Facebook dari masa ke semasa untuk menerima cadangan yang dikemukakan anda. Atikah akan fikirkan segala cadangan yang diterima. Namun Atikah tidak berjanji salah seorang pemain yang anda cadangkan akan dipilih Atikah kerana sejujurnya begitu banyak kriteria yang akan dipilih Atikah.

Jika tiada sebarang cadangan ataupun cadangan yang diberikan Atikah rasa tidak sesuai akan menyaksikan Atikah membuat pilihan Atikah sendiri dan Atikah akan jelaskan sebabnya dalam slot pemain tersebut. So yeah. Kalau ada sebarang persoalan sila beritahu di Facebook Page Atikah Arsenal Fan Club ataupun anda boleh email Atikah di atikah6312@gmail.com untuk sebarang cadangan ataupun soalan. Adios.

0 comments:

Post a Comment